|
Nurain (duduk atas kerusi, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama anak-anak Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
JOHOR BAHRU – Meskipun belum berumah tangga, seorang wanita muda banyak menghabiskan usianya dengan menjadi ‘ibu’ kepada semua penghuni yang mendiami Rumah Perlindungan Fitrah Kaseh, Larkin di sini.
Wanita berkenaan, Nurain Sebli, 36, berkata, dia tekad mengorbankan segalanya kerana tersentuh dengan nasib yang terpaksa ditanggung 35 remaja dan kanak-kanak lelaki selain 41 penghuni wanita di rumah berkenaan.
“Sudah lebih lapan tahun saya menguruskan anak-anak di rumah perlindungan ini, mereka terdiri daripada anak-anak yatim, gelandangan serta asnaf.
“Saya belum berkahwin dan biarlah jodoh itu sampai bila sudah takdirnya. Kini, saya memfokuskan untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.
“Ada antara mereka yang tidak ada ayah dan ibu, malah ada juga yang tidak kenal pun siapa orang tua mereka. Saya dan pengasas Rumah Perlindungan Fitrah Kaseh, Camelia Arifin, 39, adalah tempat mereka menumpang kasih dan perhatian,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Nurain berkata, rumah perlindungan itu mula beroperasi di Larkin sejak 2015 dan telah menjadi saksi kepada ramai anak-anak yang diuji dengan kepayahan hidup termasuk kehilangan kasih sayang ibu bapa.
“Alhamdulillah dengan izin Allah, kebajikan anak-anak yang tinggal di sini terjaga. Setelah lebih lapan tahun mereka di sini, ada dalam kalangan mereka dapat menempa kejayaan dalam pendidikan.
“Ada yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, universiti tempatan serta politeknik dalam pelbagai bidang. Masa depan mereka lebih cerah dan terjamin,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... bu-35-remaja-budak/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|