CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

Ada Kuning Kecil Seperti Jerawat, Rupanya Ketuat! Ini Rawatan & Langkah Pencegahan

[Copy link]
Post time 17-5-2023 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Ada Kuning Kecil Seperti Jerawat, Rupanya Ketuat! Ini Rawatan & Langkah Pencegahan



Penulis percaya ramai dalam kalangan pembaca pernah mengalami masalah ketuat (warts) pada kulit, bukan? Ketuat ini disebabkan oleh jangkitan virus bernama Human Papiloma Virus (HPV).

Kalau nak tahu terdapat lebih dari 100 jenis HPV dengan pelbagai jenis gejala, menurut Doktor Zubaidi Hj Ahmad. Jom baca info di bawah mengenai ketuat, jenis, punca, risiko, rawatan dan langkah pencegahannya. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua.

KETUAT MUNCUL PADA KULIT INI ANDA PERLU LAKUKAN!


KETUAT PADA KULIT

Ketuat adalah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan sebagai Human Papiloma Virus (HPV). Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dengan pelbagai jenis gejala.

Setakat ini, sebanyak 100 jenis HPV telah dikenal pasti dan ia boleh menyebabkan ketuat pada mana-mana bahagian badan. Kawasan yang sering dijangkiti adalah pada tangan, jari dan kaki.

APAKAH JENIS-JENIS KETUAT?

  • Kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari – Ketuat yang biasa.
  • Terjadi di bawah tapak kaki yang selalu berkaki ayam – Ketuat plantar.
  • Muncul pada muka dan tangan – Ketuat flat.



APAKAH PUNCA KETUAT?

Ketuat boleh berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain.
Garu atau mengorek ketuat juga boleh menyebabkan jangkitan merebak.
Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.

RISIKO MENDAPAT KETUAT

Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti oleh virus ini.
Disebabkan oleh sifat HPV yang mudah untuk merebak. Oleh sebab itu, ketuat berjangkit dengan cepat.
Boleh dijangkiti ketuat hanya dengan menyentuh ketumbuhan yang sama berada pada badan sendiri atau badan orang lain.
Berkongsi tuala atau pisau cukur dengan seseorang yang sudah dijangkiti juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat virus ini.
Kebarangkalian semakin bertambah sekiranya mempunyai luka pada tempat sentuhan yang memudahkan virus HPV menyelinap masuk ke bahagian bawah kulit.
Oleh sebab itu, amalan korek ketuat adalah dilarang kerana ia boleh merebak dengan mudah pada tangan atau muka anda. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.

RAWATAN




Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini. Akan tetapi perlu diketahui bahawa majoriti daripada benjolan ini boleh hilang dengan sendirinya.

Jika anda merasakan perkara tersebut tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda dan ia tidak terlampau besar, membiarkan ia baik dengan sendirinya adalah sesuatu perkara yang boleh dibuat.

Tetapi jika benjolan itu semakin membesar ataupun mengganggu penampilan anda, beberapa rawatan boleh digunakan.

1. UBAT SAPU
Ubat sapu yang selalunya dipakai adalah ‘Salicylic acid’.
Bertindak untuk membunuh sel-sel epithelium dibahagian kulit yang mempunyai masalah tersebut.
Ia perlu digunakan secara berterusan dalam 12 minggu.


2. CRYOTHERAPY
Dalam rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan untuk membunuh kawasan kulit yang mempunyai masalah tersebut.
Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudian dibuang.
Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan itu akan hilang.
Ia mengambil masa beberapa hari untuk luka dikawasan tersebut benar-benar baik.
Cara rawatan seperti ini mungkin akan mendatangkan parut dikawasan kulit.


LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENDAPAT KETUAT

  • Jaga kebersihan diri yang baik.
  • Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain.
  • Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap.
  • Jangan gigit kuku jari anda. Ketuat mudah berlaku pada kulit yang cedera.
  • Elak cabut ketuat anda. Mencabut ketuat boleh membuat virus merebak.
  • Penjagaan kulit. Jangan berus, potong atau cukur di kawasan ketuat. Jika perlu, gunakan pencukur elektrik.
  • Tidak kongsi barangan peribadi. Virus boleh merebak dari barangan peribadi individu yang mempunyai ketuat.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan ketuat. Ini termasuk ketuat anda sendiri.
  • Pastikan kaki anda bersih dan kering. Tukar kasut dan stokin anda setiap hari.
  • Pakai kasut atau selipar di kawasan yang terdedah kepada virus penyebab ketuat seperti kolam mandi atau bilik mandi di gym.




Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad
https://siraplimau.com/ketuat-pada-kulit/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.153408 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list