CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 11

Tak cukup ‘putih’, Halle Bailey mohon tengok dulu

[Copy link]
Post time 24-5-2023 10:06 AM | Show all posts |Read mode

PELAKON kulit hitam, Halle Bailey dikritik sebilangan peminat apabila dikatakan tidak sesuai memainkan karakter Ariel dalam filem The Little Mermaid.

Tak cukup ‘putih’, Halle Bailey mohon tengok dulu

DIKECAM kerana tidak cukup ‘putih’ menjayakan watak ikonik, Ariel dalam filem The Little Mermaid, pelakon Halle Bailey berlapang dada dengan tohmahan ramai.

Kata pemilik nama lengkap, Halle Lynn Bailey itu ketika ditemubual Kosmo! Online secara virtual sebentar tadi, dia berbangga dengan warna kulitnya yang sedikit gelap tidak kira apa diperkatakan peminat.

“Saya tahu filem The Little Mermaid mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam jiwa orang ramai di seluruh pelosok dunia.

“Bagaimanapun, saya sangat berbangga dapat mewakili orang kulit hitam dalam filem ini. Tak kisah apa orang kata, mereka tidak akan pernah berhenti berkata-kata.

“Apa yang saya boleh janjikan, saya sudah beri yang terbaik buat The Little Mermaid. Terpulang kepada penonton untuk menghakiminya di panggung wayang nanti,” ujarnya tersenyum menjawab soalan terbabit.


Filem The Little Mermaid mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula Khamis ini (25 Mei 2023). – DISNEY.


Kata Halle, 23, yang pernah menerima pencalonan sebanyak lima kali dalam acara muzik berprestij, Grammy Awards menerusi duo Chloe x Halle, usah menghakimi sebelum menonton The Little Mermaid di pawagam berdekatan terlebih dahulu.

“Saya okey dan tak kisah dengan apa orang cakap. Cuma, saya nak nasihatkan, sebelum cakap apa-apa (kritik), silalah tonton The Little Mermaid dahulu di pawagam.

“Dah tonton, cakaplah apa yang kalian suka nanti,” ujar Halle yang sebelum ini membina nama sebagai pelakon menerusi sitkom televisyen, Grown-ish.

The Little Mermaid arahan Rob Marshall merupakan naskhah live action (aksi langsung) pertama berdasarkan cerita dongeng kegemaran kanak-kanak yang banyak dipaparkan dalam bentuk kartun dan buku cerita.

Filem tersebut juga dijayakan pelakon yang pernah menerima pencalonan Academy Awards, Melissa McCarthy yang memainkan peranan villain bernama Ursula.

The Little Mermaid edaran Walt Disney Studios Motion Pictures akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini (25 Mei 2023). – KOSMO! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya bukan  psl kulit gelap x gelap.xde sapa kata mermaid kena kokesen.cuma muka dia x lawa la bagi aku.muka boring
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai agree takde issue tang kulit, bagi ai Halley ni lawa cuma kulit x glowing mcm black actresses yg lain mcm Lupita,  Janelle, model Anok Yai,
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
1st time tengok ariel warna rambut & rambut style gitu. Bagi rihana jd mermaid lg lawa rasanya dgn rambut i love the way you lie dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 09:21 PM | Show all posts
tgk pic dulu terkejut & ai tot sheols 30an. Tp lps tgk "part of your world" , rasa ok plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 24-5-2023 11:48 PM

Tak rasa nak tengok pun, Ariel muka beshe2 je, dah terbiasa dengan versi animated, lawa. Muka macam Lupita semangat juga nak tengok.

Hero pun tak selera nak tengok, muka jambu. Habis rosak The Little Mermaid. Layan versi animated lagi best.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2023 04:07 PM | Show all posts
sebab aku dah tengok jadi aku layak judge lah ye...

personally muka ko boring dik, expressionless, weird vibe dengan hero...

tapi suara ko memang sedap
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
rehanna replied at 29-5-2023 04:07 PM
sebab aku dah tengok jadi aku layak judge lah ye...

personally muka ko boring dik, expressionless,  ...

Setuju..
Iols pn dh tgk movie ni
Spnjg tgk tu iols asyik tpikir apesal la amik dia ni jd mermaid...rambut dia tu iols rasa buruk sgt..mcm x cuci berbulan2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 09:19 AM | Show all posts
aku salu confuse nama dia dgn halle berry. dok ingat muka halle berry je bila come across nama dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia mungkin tak wau tp suara dia sedap gilerr yaa bkn auto tune
Mungkin sbb tu depa amik dia kot, walau ada ramai ja retis coklat lain yg lebih jelita
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
over sangat nak buat political correctness sampai jadi nyampah.

Setuju dengan komem forumer yang kata sheols macam suram, takde aura princess
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 31-5-2023 06:45 PM
Muka dia mungkin tak wau tp suara dia sedap gilerr yaa bkn auto tune
Mungkin sbb tu depa amik dia ko ...

part suara memang la. Tapi selama ni pon boleh je pakai suara orang lain time nyanyi, kenapa taknak buat the same thing untuk LM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.240144 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list