CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1616|Reply: 0

Jenis & Beza Talak Penceraian Dalam Islam, Fikir Dahulu Sebelum Lafazkan Ya..

[Copy link]
Post time 25-5-2023 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Jenis & Beza Talak Penceraian Dalam Islam, Fikir Dahulu Sebelum Lafazkan Ya..



Perkahwinan merupakan ikatan yang sangat indah berlaku bagi seorang wanita dan lelaki. Namun, bukan semua dalam kalangan kita dapat bertahan dalam institusi perkahwinan ini dah berakhir dengan penceraian. Perlu diingatkan juga bahawa penceraian ini bukanlah perkara remeh ilmu mengenai jenis talak dalam Islam perlu diberi perhatian.

Disebabkan banyak isu mengenai penceraian terutama dalam kalangan selebriti yang berlaku sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya-tanya apakah proses yang berlaku jika talak dijatuhkan. Adakah semua jenis talak sama?

JENIS TALAK DALAM ISLAM, ADA BEZA ANDA KENA TAHU


Terdapat beberapa kriteria jatuhnya talak dalam perkahwinan:

-Suami adalah orang yang menjatuhkan talak, bukan isterinya. Suami juga harus  baligh, berakal, dan berlaku atas kehendak sendiri.

-Isteri adalah orang yang dijatuhi talak.

-Talak dilakukan secara sharih (tegas) mahupun kinayah (sindiran)

1. Talak 1

Talak 1 merupakan talak yang menjadi kebiasaan ramai. Talak ini dijatuhkan pertama kali oleh suami kepada istrinya dan termasuk dalam kategori talak raj’i. Jika talak 1 dijatuhkan maka suami dan isteri boleh merujuk semula perkahwinan tanpa perlu akad sekiranya berlaku dalam tempoh idah.

Namun, jika pasangan ingin berpisah dengan cara yang baik masih boleh tetapi isteri berhak mendapatkan hak yang sepatutnya iaitu:

-Wang belanja
-Tinggal di rumah suami
-Mendapatkan pembahagian harta perceraian

Namun, kalau sudah berpisah si suami tidak boleh lagi mengambil barang-barang isteri seperti mas kahwin.

2. Talak 2

Mungkin jarang kedengaran digunakan, talak 2 yang termasuk sebagai talak Raj’i ini merupakan talak yang kedua kalinya dijatuhkan dari suami kepada isteri. Jika talak 2 ini dijatuhkan, suami isteri boleh rujuk kembali tanpa akad yang perlu diulang selagi tempoh idah masih ada.

3. Talak 3

Inilah yang paling seram untuk didengari oleh para isteri apabila suami menggunakan talak 3 semasa ingin bercerai. Talak 3 ini termasuk dalam kategori talak bain dan membawa perbezaan besar antara talak lain. Jika suami menjatuhkan talak 3 ini, pasangan tidak lagi merujuk semula walaupun berada dalam tempoh idah.

Mereka hanya boleh bersatu kembali jika bekas isteri yang sudah berkahwin semula diceraikan atau kematian pasangan yang baharu. Tetapi, perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh merancang hanya semata-mata untuk bersama, pastikan ia berlaku secara natural.

Aturan ini tertulis dalam surat Al-Baqarah ayat 230, yang berbunyi:

فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُۥ مِنۢ بَعْدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُۥ ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

“Fa in ṭallaqahā fa lā taḥillu lahụ mim ba’du ḥattā tangkiḥa zaujan gairah, Fa in ṭallaqahā fa lā junāḥa ‘alaihimā ay yatarāja’ā in ẓannā ay yuqīmā ḥudụdallāh, wa tilka ḥudụdullāhi yubayyinuhā liqaumiy ya’lamụn.”

Ertinya: “Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain.

Kemudian, jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali,

Jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) mengetahui.”


*Rumit bukan? Jadi, kalau boleh jagalah perkahwinan anda itu dengan sebaiknya kerana itu adalah amanah Allah SWT. Kalau ada bergaduh sikit-sikit tu, berbincanglah elok-elok ya. Perkahwinan ini bukan atas dasar cinta sahaja tetapi tanggungjawab jadi tunggak utama.

Sumber: Cendekia,  Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
https://siraplimau.com/jenis-talak-dalam-islam/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.181916 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list