CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Peniaga hadkan pembelian gula

[Copy link]
Post time 25-5-2023 10:22 AM | Show all posts |Read mode

PENIAGA terpaksa mengehadkan pembelian gula pasir kepada pelanggan. FOTO Nurul Sabrina Jamali

Kuala Lumpur: Khabar angin yang mengatakan harga gula pasir naik sehingga RM4.60 sekilogram bermula 1 Jun mencetuskan kebimbangan kepada rakyat.

Tinjauan di kedai runcit di sekitar Pantai Dalam, Kuala Lumpur mendapati bekalan gula habis disebabkan pembekal mengehadkan gula pasir sejak sambutan Aidilfitri bulan lalu.

Peniaga, Rogayah Yaacob, 47, berkata bekalan gula pasir di kedainya semakin berkurangan kerana pembekal gagal menghantar kuantiti yang diminta.

"Sejak beberapa hari lalu, bekalan gula pasir semakin berkurangan kerana pembekal tidak dapat menghantar jumlah kuantiti dengan banyak.

"Disebabkan itu saya terpaksa mengehadkan pembelian dua kilogram gula sahaja bagi setiap pelanggan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Md Ali Yusof, 80, berkata, bekalan gula di kedainya terputus disebabkan pembekal hanya menghantar lima kilogram ke kedainya.

"Kuantiti yang dihantar itu hanya cukup untuk kami sekeluarga makan sahaja kerana bekalan itu terlalu sikit jika ingin dijual kepada pelanggan.

"Kadang-kadang saya kesian apabila ramai pelanggan datang ke kedai ingin membeli gula pasir, tetapi saya tidak dapat menjual kepadanya kerana tiada stok," katanya.

Bagi penjual kuih, Azmah Mohd Ali, 66, bekalan gula semakin merosot dan sukar untuknya mendapatkan gula pasir dalam kuantiti yang banyak.

"Sebagai seorang penjual kuih, gula pasir sememangnya menjadi keperluan, jadi saya terpaksa mencari bekalan gula yang banyak di lain-lain kedai runcit dan pasar raya disebabkan setiap kedai menghadkan pembelian gula.

"Jika benar harga gula akan naik, saya terpaksa mengeluarkan modal penjualan kuih tetapi tidak boleh sesuka hati menaikkan harga kuih kerana saya bimbang pelanggan akan lari jika saya jual kuih terlalu mahal," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dkan-pembelian-gula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.747957 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list