CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1178|Reply: 2

[Cinta] Lelaki, wanita curang puas hati, tiada rasa bersalah

[Copy link]
Post time 25-5-2023 09:15 PM | Show all posts |Read mode

89 peratus individu menganggap hubungan sulit di luar perkahwinan adalah salah dari segi moral. - Getty Images


Lelaki, wanita curang puas hati, tiada rasa bersalah

BALTIMORE, MARYLAND – Satu kajian baharu mendapati kebanyakan lelaki dan wanita yang curang terhadap pasangan mereka tidak berasa bersalah bermain kayu tiga, lapor akhbar New York Post.

Malah,  mereka mengaku lebih berpuas hati dari segi emosi dan seksual.

Kajian  oleh kumpulan penyelidik Jabatan Psikologi & Minda Universiti Johns Hopkins itu melibatkan hampir 2,000 pengguna Ashley Madison iaitu laman web yang digunakan oleh individu curang.

Ia yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior menyatakan, terdapat jurang besar antara realiti kecurangan dan bagaimana ia digambarkan dalam filem.

“Di media popular, rancangan televisyen, filem dan buku, individu curang sering digambarkan mempunyai rasa bersalah namun, perasaan sedemikian tiada pada  responden,” kata pengarang utama kajian, Dylan Selterman.

Satu kaji selidik lain  pada 2019 mendapati bahawa 89 peratus individu menganggap hubungan sulit di luar perkahwinan salah dari sudut moral.

Bagaimanapun, kajian baharu itu mendapati antara  20 hingga 25 peratus individu sudah berkahwin serta 33 peratus orang dewasa yang memiliki pasangan, mengaku melakukan hubungan seks dengan orang lain.

Responden yang curang berkata,  mereka amat mencintai pasangan masing-masing dan  hubungan mereka juga  tidak bermasalah.

Namun, kebanyakan mereka melaporkan tidak menjalinkan hubungan seks secara aktif dengan pasangan bahkan, rasa tidak puas ketika berhubungan intim menjadi punca utama berlaku curang.

Sebahagian besar responden pula mengaku  berpuas hati dengan hubungan sulit mereka dari segi seksual dan emosi.

Kira-kira 80 peratus peserta juga mengaku  merahsiakan hubungan sulit mereka  daripada pengetahuan pasangan masing-masing. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... iada-rasa-bersalah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2023 06:28 PM | Show all posts



The bookmakers have set the icc cricket odds heavily in favor of Team B, making them the clear favorite to win the match.The ipl betting odds suggest that Team C is the frontrunner, with bookmakers favoring them to emerge victorious in the upcoming match.The cricket latest odds indicate that Team D is currently the underdog, with bookmakers offering high potential returns for those who believe in an upset victory.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 06:00 PM | Show all posts
Step up to the crease and experience the thrill of our immersive cricket game app. Bet on your favorite teams and players with our icc betting app and ipl betting app, enjoy the excitement of cricket like never before.Elevate your experience with our exclusive psl betting app. Discover the ultimate experience  with cricket india games, and stay ahead of the game with expert and insights from cricket betfair tips. Explore the thrilling world of cricket by checking out the latest cricket world cup winner odds.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.300819 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list