View: 329|Reply: 2
|
"Kurang minum air penyebab kepada masalah saya ini" Erry Putra dibedah kerana batu karang
[Copy link]
|
|
Pelakon Erry Putra tidak menyangka kesakitan luar biasa pada bahagian perut yang dialami tiga hari lalu adalah kerana masalah batu karang sehingga menyebabkan dia terpaksa dibedah di sebuah hospital swasta di Taiping pada malam tadi.
Menurut Erry atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Hamzah Ahmad, 45, ketika kejadian dia berada di Taiping, Perak kerana menguruskan acara Putra Fest di sana.
“Selama 10 hari saya di Taiping dengan keadaan cuaca panas dan kurang minum air penyebab kepada masalah saya ini.
“Waktu untuk bertolak ke Kuala Lumpur tiba-tiba sahaja perut saya begitu sakit yang tidak boleh hendak digambarkan. Lagi saya urut, lagi sakit dan saya terasa sakit untuk kencing.
“Alhamdulillah, ini hari ketiga saya di hospital. Malam tadi saya telah menjalani pembedahan dan semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Ironinya, ini merupakan kali ketiga pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu dimasukkan ke hospital sepanjang dua tahun kebelakangan ini.
Sebelum ini Erry pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah apendiks sebulan kemudian diserang demam denggi dan terbaharu disebabkan masalah batu karang di pundi kencingnya.
“Walaupun kebelakangan ini saya banyak kali masuk hospital, tetapi saya bersyukur kerana sakit adalah penghapus dosa.
“Perkara yang paling menyedarkan saya adalah keperluan insurans. Bayangkan selama 20 tahun saya ambil insurans baru sejak kebelakangan ini saya menggunakannya.
“Tiga kali berturut-turut pula, jika tiada insurans pasti banyak wang yang perlu dihabiskan untuk membayar bil hospital,” luah Erry.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan uols kakak erryna putra |
|
|
|
|
|
|
|
Batu karang sangat sakit yach... tahap sakit dia boleh sampai berguling2 atas lantai sbb tahan sakit |
|
|
|
|
|
|
| |
|