CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1684|Reply: 1

Arak, dadah punca keganasan rumah tangga

[Copy link]
Post time 30-5-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan


Arak, dadah punca keganasan rumah tangga

KLANG – Pengaruh alkohol dan tidak dapat wang beli dadah antara punca utama berlakunya keganasan rumah tangga terhadap isteri dan anak-anak di sekitar daerah ini.

Malah episod ngeri dilalui mangsa juga dikatakan adalah kes yang berulang-ulang sebelum membuat laporan polis kerana tidak tahan menjadi ‘beg penumbuk’ amarah si suami.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika mendedahkan perkara tersebut memaklumkan terdapat mangsa yang mengalami cedera parah selain menerima ugutan jenayah daripada pelaku.

Katanya, berdasarkan rekod menunjukkan sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka sepanjang Januari hingga April lalu berbanding 12 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323, 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan siasatan juga mendapati faktor utama adalah disebabkan pengaruh alkohol sehingga hilang pertimbangan dengan mencederakan ahli keluarga mereka.

“Ada juga berlaku apabila tidak mendapat wang bagi membeli dadah yang akhirnya membuatkan pelaku melepaskan kemarahan kepada isteri dan anak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.


Hoong Fong.


Menurut beliau, terdapat kes keganasan rumah tangga ini telah berlarutan beberapa bulan dengan terbaharu kelmarin melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun yang menjadi ‘mangsa belasahan’ bapa kandung sendiri.

Ujarnya, kes tersebut berlaku di sekitar Pandamaran dengan ibu mangsa merakam kejadian terbaharu dilakukan bekas suaminya.

“Kita juga berharap masyarakat terutama para jiran menjadi mata dan telinga kepada pihak polis selain memupuk sikap ambil peduli serta melaporkan sebarang perkara mencurigakan melibatkan keganasan rumah tangga.

“Ini bagi mengelakkan perkara itu menjadi kebiasaan kepada pelaku bagi meneruskan perbuatan mereka,” katanya.

Hoong Fong menegaskan, mangsa keganasan rumah tanga dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1984 yang terpakai kepada wanita, ahli keluarga dalam kalangan lelaki, kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

“Akta ini memperuntukkan tindakan perlindungan terhadap mangsa melalui perintah perlindungan sementara (IPO) dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Justeru, sebarang penyaluran maklumat keganasan rumah tangga boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau talian kasih 15999 dan aplikasi WhatApps 019-2615999 yang beroperasi 24 jam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... nasan-rumah-tangga/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 01:51 AM | Show all posts
Too common nowadays.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058216 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list