View: 159|Reply: 0
|
[Selangor]
Ambil dadah akibat tekanan hidup, kesempitan wang
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Tekanan hidup dan kesempitan wang antara alasan utama yang sering diberikan penagih dadah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, gejala itu bukan saja merosakkan individu malah secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada masyarakat setempat.
"Saya ambil contoh kawasan Taman Medan. Kawasan ini indeks jenayah dia banyak berkurang kalau kita bandingkan sebelum ini.
"Pada pendapat saya faktor utama adalah pengurangan kadar penggunaan dadah di kawasan itu yang secara tidak langsung mengurangkan aktiviti jenayah lain," katanya kepada Harian Metro.
Selain tekanan hidup, beliau berpendapat antara punca utama individu mengambil dadah dipengaruhi persekitaran tempat tinggal terutama membabitkan golongan remaja.
"Saya pernah buat serbuan di sebuah PPR (Projek Perumahan Rakyat) dan mendapati seorang ibu dan dua anak semuanya positif dadah dalam satu rumah.
"Bila tanya kenapa, dia cakap sebab stress tak ada kerja, Masa itu pula Covid-19 sedang menular. Stress menjadi alasan paling kerap mereka bagi," katanya.
Katanya, pihak sindiket mengambil kesempatan menjual dadah menerusi pengedar atau 'pusher' dalam kalangan keluarga susah yang mahukan duit mudah.
"Lokasi panas seperti di Lembah Subang ini ramai dari kalangan keluarga B40 yang antaranya mengalami kesempitan wang.
"Jadi mereka melihat dengan menjual dadah ini sebagai jalan pintas untuk membuat duit, dan akhirnya ramai dari kalangan keluarga B40 ini terjebak dengan najis ini.
"Pusher paling muda kami pernah jumpa berusia 20 tahun manakala penagih paling muda ialah remaja 16 tahun," katanya.
Beliau berkata, hasil penguatkuasaan dan operasi berterusan pihaknya berjaya merampas 306,064 gram pelbagai jenis dadah termasuk 808,730 mililiter air ketum sejak Januari sehingga April.
Menurut, syabu mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan penagih di Petaling Jaya berikutan mudah diperoleh dengan rampasan mencecah 299 kilogram dalam tempoh empat bulan.
Katanya, dadah sintetik itu dijual di kawasan penduduk padat, berpendapatan rendah serta di pusat hiburan.
"Syabu ini dadah jenis sintetik mudah diproses tidak seperti dadah natural yang memerlukan masa lama untuk diproses sebelum boleh dijual.
"Dadah sintetik boleh diperoleh dengan mudah kerana ia dihasilkan secara besar-besaran oleh sindiket baik di dalam negeri atau di luar negara.
"Modus operandi mereka adalah dengan menggunakan premis kecil bagi mengelakkan kegiatan penghasilan dadah terbabit dikesan pihak berkuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dup-kesempitan-wang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|