CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1981|Reply: 0

Bukan Wanita Saja, Lelaki Pun Ada ‘Period’. Ini Tanda-Tandanya…

[Copy link]
Post time 31-5-2023 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Bukan Wanita Saja, Lelaki Pun Ada ‘Period’. Ini Tanda-Tandanya…



Pernah tak kamu rasa lelaki, tak kiralah ahli keluarga, pasangan atau rakan; ada masanya mereka menjadi sangat moody dan sensitif? Kalau difikirkan semula, lagaknya seakan-akan wanita yang tengah PMS (Premenstrual Syndrome) dan period pun ada.

Sebenarnya kalau kamu nak tahu, lelaki pun ada period mereka. Bila mereka datang period, keadaan ini dikenali sebagai IMS (Irritable Male Syndrome). Keadaan ini terjadi disebabkan oleh perubahan atau ketidakstabilan hormon.

IMS boleh buat lelaki menjadi…
Ketika lelaki sedang alami IMS, mereka akan kerap berasa lapar dan cenderung untuk risau tentang berat badan. Sesetengah situasi yang lain, ada juga yang berubah menjadi lebih pemarah, sensitif, clingy, overthinking, kecewa, stress dan banyak lagi.



Berbeza daripada wanita di mana period boleh dijangka. Tetapi bagi lelaki, period mereka tidak boleh dijangka dan boleh terjadi pada bila-bila masa saja.

Tanda-tanda lelaki sedang IMS
Terlibat dengan lelaki IMS sama ada tinggal bersama atau bekerja sekali, memang rumit kerana kita tak boleh jangkakan tindakannya. Dan untuk lebih berhati-hati supaya tidak kena tempias IMS, ini antara tanda-tanda yang perlu kamu perhatikan…

  • Nafsu seksual yang sangat rendah
  • Disfungsi erektil
  • Depresi
  • Sukar untuk fokus




  • Kerap lupa
  • Kepenatan dan kelesuan
  • Murung dan sangat menjengkelkan
  • Suka berleter
  • Pening




  • Marah
  • Merajuk
  • Kurang belaian dan clingy
  • Overthinking dan kecewa


Nasihat Miss Murai, jika kamu pernah hadapi situasi ini, cuba untuk beri ruang pada mereka, beri layanan yang baik seperti masak makanan kegemaran atau menjadi pendengar yang baik.


Sumber:https://murai.my/2023/166882/buk ... 20kamu%20nak%20tahu,oleh%20perubahan%20atau%20ketidakstabilan%20hormon.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.053355 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list