View: 196|Reply: 0
|
[Perak]
Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di hentian bas
[Copy link]
|
|
Taiping: Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan dihurung semut di Hentian Bas Taman Kota Wira, Kamunting, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata, sekitar jam 10 pagi seorang wanita yang menghentikan keretanya di lokasi untuk mengambil barang, terdengar tangisan bayi di hentian bas berkenaan.
Menurutnya sebaik diperiksa dia menemukan bayi lelaki di dalam sebuah kotak dibaluti tuala berwarna coklat.
"Sewaktu ditemukan bayi berkenaan dalam keadaan dihurungi semut.
"Bayi cukup sifat dan matang seberat 2.62 kilogram itu dibawa ke Hospital Taiping akibat mengalami masalah pernafasan," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya lagi pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek yang membuang bayi berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... otak-di-hentian-bas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|