View: 179|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Bumbung dewan IKIM runtuh, 6 wanita cedera
[Copy link]
|
|

BUMBUNG dewan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur, runtuh, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Kuala Lumpur: Enam wanita cedera ringan selepas bumbung dewan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta, di sini, runtuh, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.56 pagi tadi.
"Seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat runtuhan yang membabitkan keseluruhan bumbung dewan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, terdapat enam mangsa wanita tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun dilaporkan mengalami cedera ringan dalam kejadian itu.
"Kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk pemeriksaan lanjut.
"Difahamkan semua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian," katanya.
Menurutnya, operasi itu tamat sepenuhnya jam 12.51 tengah hari tadi.
"Punca runtuhan masih dalam siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tuh-6-wanita-cedera |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|