View: 226|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Tak terbalas budi ayah
[Copy link]
|
|

KHAIRUL Azlan berniaga kuetiau goreng dengan dibantu tiga daripada enam anaknya di Kampung Batu Muda. FOTO Eizairi Shamsudin
Kuala Lumpur: Genap setahun sudah Khairul Azlan Mansor memikul tanggungjawab sebagai ayah dan 'ibu' kepada enam anak selepas kematian isterinya.
Baginya, semua anak itu adalah amanah yang perlu diberi sepenuh kasih sayang selepas pasangannya meninggal dunia akibat sakit batu karang setahun lalu.
"Lima daripada anak saya adalah perempuan dan saya perlu faham mereka sangat sensitif dan pendiam.
"Bagaimanapun, hubungan kami diibaratkan seperti abang dan adik kerana kami sangat rapat," katanya, kelmarin.
Menurut Khairul Azlan, 46, dia tidak mengharap balasan daripada anaknya, apa yang dipinta cuma melihat mereka berjaya di dunia dan akhirat.
"Apabila saya melihat mereka menginjak dewasa dan melangkah ke alam universiti, ini bermakna mereka berpisah dengan saya dan belajar berdikari.
"Apa yang saya harap supaya mereka berjaya lebih daripada apa yang saya ada sekarang," katanya.

KHAIRUL Azlan membawa anak untuk membantunya berniaga setiap hari untuk meraih pengalaman. FOTO Eizairi Shamsudin
Berkongsi lanjut, Khairul Azlan menafikan stigma masyarakat mengatakan anak perempuan lebih baik jika dididik oleh ibu.
"Memang segelintir masyarakat mengatakan anak perempuan lebih elok jika dididik wanita disebabkan sifat lemah-lembut.
"Tetapi tidak semestinya seorang ayah tidak boleh mendidik anak perempuan dengan bagus kerana setiap ayah ada cara dan watak tersendiri," katanya.
Baginya, dia tidak suka bercakap kasar dengan anak kerana sifat azalinya.
"Jika saya cakap kasar, pasti beri kesan kepada diri sendiri dan saya berasa kesal memarahi mereka," katanya.
Khairul Azlan berkata, walaupun anaknya meningkat dewasa, dia tetap memerlukan kesabaran ketika fasa membesar menjadi remaja.
"Anak sulung berusia 19 tahun manakala anak bongsu berusia enam tahun.
"Saya bersyukur mereka mendengar kata dan saya tidak perlu bimbang jika mereka berada di luar atau di sekolah," katanya.
Kini, Khairul Azlan berniaga kuetiau goreng di hadapan padang awam berhampiran rumah pada waktu siang dan membuat kerja sambilan dalam bidang pengiklanan.
Katanya, dia turut membawa anak untuk membantunya berniaga setiap hari untuk meraih pengalaman.
"Matlamat saya supaya mereka pandai berniaga dan belajar cara hidup tidak mewah," katanya.

KHAIRUL Azlan berniaga kuetiau goreng di hadapan padang awam berhampiran rumah di Kampung Batu Muda. FOTO Eizairi Shamsudin
Menurutnya, jika dia memasak di rumah, anak tidak memilih dan makan saja apa dimasak.
"Mereka boleh diharap mengurus rumah seperti membasuh pakaian, menyidai dan mengemas kerana mereka perempuan, jadi lebih mudah mengaturnya.
Anak sulung, Nurfatin Nabila, 19, berkata, selepas pemergian ibu, ayah menggalas tugas menguruskan mereka enam beradik.
"Pengorbanan abah sangat besar sehingga tiada yang boleh menggantinya di hati kami," katanya.
Menurutnya, dia dan adik mahu belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ayah yang mendidik mereka sejak kecil.
"Kami tidak mengeluh jika abah minta menolongnya berniaga kerana pengorbanan dia yang menghantar dan mengambil kami setiap hari di sekolah lebih besar.
"Daripada situ, kami merasai bagaimana penat lelah abah mencari wang demi menyara keluarga," katanya
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -terbalas-budi-ayah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|