CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Selangor] Fakhrul Aiman didakwa bunuh kekasih

[Copy link]
Post time 1-6-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Besar: Seorang bekas penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya.

Tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, mengganguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh wanita berusia 21 tahun di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau, antara 8.30 malam 22 Mei lalu hingga 8 pagi 23 Mei lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Muhammad Afiq Qiwamuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin.


TERTUDUH hadir ke Mahkamah Majistret Sungai Besar diiringi polis. FOTO Genes Gulitah

Terdahulu, peguam memohon agar pertuduhan yang dihadapi anak guamnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Muhammad Nor berkata, ini bertujuan untuk pihak pendakwaan mengemukakan dokumen berkaitan pertuduhan pada hari ini.

Media sebelum ini melaporkan motif pembunuhan wanita terbabit dipercayai bagi menyembunyikan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit.

Tertuduh dan mangsa merupakan pasangan kekasih dan sudah menjalin hubungan selama setahun.

Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian disebabkan luka tikaman di dada pada badan yang melecur.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... nuh-kekasih-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.353475 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list