CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Selangor] Kelindan lori mengaku tidak bersalah rogol warga emas

[Copy link]
Post time 3-6-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

KELINDAN lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang, atas kesalahan merogol wanita warga emas berusia 71 tahun.

Kajang: Kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan merogol seorang wanita warga emas di sebuah rumah, April lalu.

Tertuduh R Vasant Raj, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim MazulianaAbdul Rashid selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu merogol mangsa berusia 71 tahun dengan mengacu sebilah pisau hingga mendatangkan ketakutan kematian di sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Asa Jaya, di sini jam 4 petang, 15 April lalu.

Berikutan itu, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Norfarhanim menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan dikenakan.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya hanya meminta jumlah wang jaminan dikurangkan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Mazuliana membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

"Syarat-syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Julai ini bagi sebutan semula kes.

Hari ini, media melaporkan seorang pemuda akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana disyaki merogol seorang wanita warga emas di sebuah kawasan perumahan, di sini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-rogol-warga-emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.092874 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list