CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Selangor] Lelaki pukul gelandangan dengan pemukul besbol diburu

[Copy link]
Post time 4-6-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video kejadian itu.

KLANG – Polis sedang memburu individu yang tular memukul lelaki dipercayai gelandangan dengan besi pemukul besbol di sekitar kawasan bawah jambatan dan sebuah pasar raya di Pelabuhan Klang, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan dua video memaparkan empat lelaki disyaki warga tempatan menaiki sebuah kereta dan memukul mangsa hari ini.

Katanya, polis turut menerima satu laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 43 tahun berkaitan klip video sama, pukul 12.02 tengah malam tadi.

“Kita setakat ini sedang berusaha mencari mangsa itu bagi mengetahui kejadian sebenar. Selain itu, polis masih mempergiatkan usaha mengesan suspek terlibat bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hoong Fong, kertas siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan beberapa individu menaiki kereta bertindak memukul lelaki yang berada di tepi jalan dipercayai gelandangan. –  KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... ukul-besbol-diburu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.373873 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list