View: 258|Reply: 0
|
Morbidelli mahu kekal di MotoGP
[Copy link]
|
|
MORBIDELLI
ITALI – Pelumba Itali, Franco Morbidelli mengakui sekiranya jodohnya bersama pasukan Yamaha tidak berpanjangan, dia masih ingin kekal beraksi dalam pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan.
Pelumba berusia 28 tahun tersebut tetap ingin berusaha dengan gigih untuk kekal bersama pasukan Yamaha selepas menunjukkan peningkatan yang agak baik berbanding rakan sepasukannya, Fabio Quartararo musim ini.
Sebelum ini, Morbidelli diberi amaran bahawa tempatnya boleh digantikan oleh sesiapa sahaja sekiranya dia gagal menunjukkan sebarang peningkatan.
Keadaan bertambah panas apabila juara dunia WSBK, Toprak Razgatlioglu dikaitkan untuk menyertai kem Yamaha, namun spekulasi tersebut terhenti selepas pelumba Turkiye itu membuat keputusan untuk menyertai pasukan BMW di WSBK musim depan.
Bagaimanapun, tempat Morbidelli masih terancam apabila Jorge Martin dari Ducati sebelum ini turut dikaitkan untuk menyertai pasukan Yamaha tersebut.
“Orang yang membuat spekulasi berkenaan telah memberi satu motivasi tambahan kerana anda mahu menunjukkan kepada orang lain bahawa anda layak berada dalam pasukan itu.
“Jika saya melihat prestasi berbanding rakan sepasukan saya (Quartararo), ia tidak begitu teruk. Quartararo telah melakukan perkara yang hebat untuk meningkatkan kredibilitinya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Dia (Quartararo) adalah juara dunia dan bekerja keras untuk mengembalikan potensi jentera Yamaha. Tetapi, ia adalah perkara rumit untuk mengeluarkan potensi berdasarkan pakej yang kami ada sekarang.
“Jika anda tidak berada di puncak, bermakna anda perlu bekerja lebih keras. Saya rasa saya perlu tingkatkan lagi usaha untuk mengekalkan kedudukan bersama pasukan ini,” kata Morbidelli. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... hu-kekal-di-motogp/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|