CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Abdul Halim bakal terima habuan hampir RM70,000

[Copy link]
Post time 11-6-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Abdul Halim bakal terima habuan hampir RM70,000

ABDUL Halim bersama pingat yang dimenanginya di Sukan Para Asean. FOTO AIZUDDIN SAAD


Kuala Lumpur: Perenang paralimpik negara, Abdul Halim Mohamad muncul penerima terbanyak insentif Skim Wang Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) selepas menuai lima pingat emas dengan nilai keseluruhan hampir RM70,000 ringgit.

Menerusi Skim Wang Hadiah Kemenangan (SHAKAM) memperuntukkan pemenang pingat emas di Sukan Para Asean bakal membawa pulang RM 20,000, manakala untuk pingat emas yang berikutnya RM10,000.

Untuk acara berpasukan yang kurang daripada lima orang RM 5,000, manakala yang lebih akan meraih RM20,000.

"Saya tidak pernah memikirkan hal insentif dan sebagainya, saya cuma lebih kepada cuba untuk mengejar catatan terbaik peribadi kerana saya mempunyai perancangan jangka panjang.

"Saya mengganggap ganjaran itu sebagai satu bonus, dan dibaratkan macam durian runtuh, saya rasa sangat bersyukur," jelas Halim yang membuat penampilan keduanya di temasya sukan dwi tahunan ini.

Untuk rekod selain berjaya meraih lima emas, anak jati Sabah itu turut berjaya memperbaharui tiga rekod temasya membabitkan 200 meter rampaian individu, 50 meter gaya bebas serta 50 meter kuak dada kategori S8.

"Ini adalah pencapaian terbaik dalam hidup saya ketika menyertai sukan para sebab saya ingat datang ke bumi Kemboja untuk mempertahankan dua emas sahaja. Yang lain saya anggap bonus," katanya lagi.

Dalam pada itu ketika ditanya berkenaan rahsia kejayaannya di sukan Para Asean, Abdul Halim mendedahkan ia terletak kepada jurulatihnya, Eva Wong yang banyak berkorban masa dan tenaga melatihnya sehingga berjaya.

"Itu semua adalah pengorbanan dia yang mana dia anggap saya sebagai satu keluarga. Dia individu yang hantar dari rumah ke tempat latihan, dan dia jiga hantar balik rumah selepas latihan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... buan-hampir-rm70000

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049800 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list