CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adorabelle1985

Gundik Wu - Maharaja Perempuan pertama China + Kisah gundik Maharaja.

  [Copy link]
Post time 22-1-2013 05:26 PM | Show all posts
menariknya... pasal kisah gundik wu tu... jahatnya dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2013 12:45 AM | Show all posts
Korea Kisaeng


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 03:29 PM | Show all posts
baca kisah gundik ni cam tgk drama cina plak.. best best..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 05:44 PM | Show all posts
just to update findings aku on ugly concubines.

sorang bernama Wu Yan..

WU Yan ni dikatakan sangat hodoh (aku rase lawa kot, mungkin sebab mereka zaman dedulu minat yang mata sepit @ mata besar, mata biasa tak pandang kot), pastu katanya rambut pun nipis tak macam other beauty concubines yang rambut bak awan (katanya) dan juga kulitnya keperangan (ala-ala yubin wonder girls kot - ni imagination aku la)

Wu Yan ni sampai umur 40 tahun dia menyingle oleh kerana katanya dia tak lawa (standard tak lawa mereka sangatlah peliks)..

Al kisah satu hari tu, mungkin sebab dia bosan kot (hhehe memandai je) dia pun kuatkan semangat dan try lah jumpa Maharaja Xuan to extend her advise @ service sebab dia kata kingdom dalam keadaan bahaya. Bila Maharaja Xuan tanya kenapa lak ko kata camtu, si Wu Yan ni pun kata lah...

"Woi, ko tau tak clan Qin dan Chu tengah berantakkan but yet ko bersenang lenang tak sedar keadaan/keselematan negara terjejas'?"


Maka maharaja tuh macam rasa kena tampar la..yelah dia berpoya-poya hidup dalam keadaan mewah, duduk atas tilam sutera, masak orang masakkan..tapi hidup rakyat dia tonggang langgang bercakaran.

Oleh kerana si Wu Yan ni yang menyedarkan dia, Maharaja Xuan ni tertarik dan menjadikkan si Wu Yuan as his concubine. Wu Yuan bukan sahaja menjadi consort Maharaja Xuan dia juga merupakan national advisor dan kawan baik Maharaja XUan..







Last edited by aireen24 on 5-2-2013 09:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 05:47 PM | Show all posts


gambar Wu Yuan katanye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 02:14 PM | Show all posts
Ma Mingde - Down to earth Empress

Ma mingde anak kepada Jenral Ma Yuan (terkenal kerana kejayaannya menntang pemberontak vietnam)

Pada umur 13 tahun, bapanya dan abangnya mati kerana ekspidisi mereka ke Wuilin tribe tidak berjaya dan along way ramai tentera yang mati dan terkena jangkitan penyakit..

Jeneral Ma Yuan masa hayat dia sangat hebat, so masa dia buat ekspidis ke Wui Lin dan di timpa bencana tuh, menantu kepada Maharaja ketika itu iaitu Liang Song tuduh memcam kat Jeneral Ma.

Jeneral MaYuan dan isterinya Lin  memang dari golongan bangsawan/noble, however oleh kerana Jeneral Ma dah mati dan was falsely accused sebab kononnya ketika ekspedisi itu Jeneral Ma ni nak bolot tanduk badak dan mutiara.

Tetapi sebenarnya salah faham dan ditokok tambah je oleh orang2 yang memang nak jatuhkan Jeneral Ma Yuan sebab sebernanya tanduk badak itu adalah untuk tentera2nya yang tidak sihat kerana di katakan tanduk itu boleh mengelakkan dari penyakit terebut melarat (aku rase untuk demamm la..) dan juga mutiara yang dikatakan oleh Liang Song itu sebenarnya bukan hak mutiara tiram nun, tetapi mutiara barli yang elok diminum ketika kita sakit.

Oleh kerana fitnah inilah pangkat keluarga mereka di tarik dan juga pengebumian Jeneral Ma Yuan hampir2 tidak dapat dijalankan.

Oleh sebab itu, keluarga Ma telah di pandang serong oleh keluarga-keluarga lain lalu menyebabkan pertunang mam mingde dengan salah seorang ahli keluarga Dous telah di batalkan.

Maknya ma ming de pulak jadi gila, dan yang terpaksa menjadi ketua keluarga ketika itu ialah Ma mingde.

Ma Mingde ni sangat baik orangnya, suka treat orang sama rata.

Oleh kerana Ma Mingde ni kena dump dengan keluarga Dous, keke dia (cousin dia Ma Yan) telah menawarkan Ma Ming De pada crown prince ketika itu Liu Zhuang..

Selepas itu masuklah Ma Mingde ke dalam istana menjadi consort Liu Zhuang (masa ni Liu Zhuang tarak official wife) dan Ma Ming De ni sangat rapat dengan Empress Yin sebab kebaikkan dan sifat2 terpuji dia.

Bila current maharaja mati, Liu ZHuang diangkat menjadi maharaja and he was asked to find an empress to rule the han dynasty..

So Liu ZHuang pun pi jumpa maknya Empress Dowager Yin..

"Omma, which one should I pick..."

Omma dia punya jawab dalam banyak2, omma nampak ma mingde paling sesuai dan adil..(ma mingde takde kes gaduh2 dalam istana..dia lebih suka menghabiskan masa baca buku)

Maka, Liu ZHuang pun angkat Ma Mingde jadi Empress..

Masa Ma Ming De jadi EMpress depa kata aman damai jek, takde la macam Wu Zetian...

Dia sangat adil..tetapi kesian dia tak ada anak..

Sebab dia tak ada anak, Emperor Liu ZHuang cakap kat dia..

Yang, why dont you take Consort Jia's son Liu Dan as your own? (consort Jia merupakan anak sedara Ma Ming De sendiri)

Ma Ming de amik Liu Dan and dijaga dengan penuh kasih sayang sampaikan si Liu Dan ni memang anggap Ma Mingde je la mak dia..

Ma Mingde ni depa kata sangat down to earth sampaikan gundik2 lain duk pakai sutera yang corak dashayt2 lawa2 bedazzle2 tapi dia dak..dia suka yang simple2 dan kain cotton..silk only be worn whenever there's official/formal occasions..

Memang orang istana duk kata, tapi she earn respect sebab dia sangat baik..

Ma Mingde ni sangat familiar dengan hasil tulisan confucian dan kalau ada masalah yang Maharaja tu tak dapat selesaikan selalu dia yang bagi cadangan untuk selesaikan..

Bila Liu Dan dilantik jadi crown prince, Liu Zhuang hanya beri sedikit kelebihan kepada Liu Dan. Ma mingde sedih kerana kenapa Liu Da tak dapat kelebihan macam anak-anak raja yang lain..

Liu Zhuang kata..

"Yang mana leh sama kan dengan papa I..papa lain, I lain..kena ingat sampai bila-bila"

Maksudnya Liu ZHuang taknak spoilkan anaknya seperti dia dan anak-anak raja yang sebelumnya dan dia nak dia independent dan bijak memerintah.

Ma Ming De pun faham..

Sepanjang Ma Mingde jadi Empress tak pernah pun dia raise issues on her unfairly judgement on her father..

Liu Zhuang bangga dan respect sangat dengan Ma Mingde walaupun dia tahu deep in her heart dia sedih dan tertanya kenapa bapa dia kena hukum cenggitu..

Pastu Liu Zhuang mati, dan Liu Dan naik jadi Maharaja..

Masa Liu Dan naik jadi maharaja, Liu Dan beberapa kali nak lnatik pakcik2 dia jadi orang besar dalam istana..

Tapi Ma Mingde sekat, sampai dia issue an edict to ensure that sepupu2 dia tak pegang apa2 pangkat..

Pastu dia make sure yang kerajaan tempatan tak terima apa2 special request dari keluarga Ma, kalau terima dia akan pastikan mana2 keluarga Ma yang dapat special treatment ni dibuang kawasan..

Sebab Liu Dan tak pueh ati, napai pokcik2nya takleh diberi apa2, Liu dan wat la marques (macam ranking baru la khas untuk pakcik2 dia)

tapi ma mingde hangin..

abang2 dia (cousin2 dia ler) pun rasa tak best la, bukan depa mintak pun...tapi depa kena accept karang maharaja marah kan... and depa pun letak jawatan dalam jawatan tertinggi memerintah..

Ma ming de mati pada umur 41 tahun dan dikebumikan bersama2 suami tercinta..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2013 08:50 PM | Show all posts
Empress Ma Ming de ada intergriti yang tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 09:14 PM | Show all posts
sejrah kalau bace mmg best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 04:57 PM | Show all posts
forgotten concubines: oleh kerana dah dilupakan namanya pun tarak cuma tahu dia anak kepada siapa dan anaknya punya nama sahaja.

Tang Taizhong aka Li Shimin (Gundik Wu pernah jadi dia punya gundik daa sebelum anaknya take over), bininya Maharani Zhangsun seorang mulia dan baik sesangat.

Dikatakan ada terdapat dua gundik yang telah dipadamkan namanya dari sejarah maharaja dan gundik2nya. Ini kerana samada gundik ni ade masalah ataupun keluarga gundik ni yang ada masalah.

Dikatakan salah seorang yang telah di delete namanya dari sejarah adalah anak kepada Sui Yangdi (maknanya anak kepada keturunan previous era Sui).

Namanya takde pun, tapi bila dia jadi gundik dia telah melahirkan 2 anak lelaki iaitu Li Ke dan Li Yin.

Anaknya yang Li Ke tu memang hebat habislah sangat handal dari segi martial arts, tentera.

Patutnya Li Ke ni patutnya jadi crown prince sebabTaizhong ade ciri-ciri persamaan, akan tetapi di bawah pengaruh Zhansung Wuji (iaitu abang kepada maknya maharani Zhangsun)maka tak jadi la..yang jadi Gaozhong (lakinya si Wu Xetian).

Sebab Zhangsun Wuji punya hal lah si Li Ke kena buang daerah sebab Taizhong taknak Gaozhang jadi crown prince, dia still berkeras nak Li Ke.

"Wa punya pasal la nak lantik siapa crown prince, lu sibuk sapa suruh?"

ATas onar Zhangsun Wuji sebelum Li Ke di hantar ke Guizhong, Si Li Ke bersumpah:

"Tuhan Maha berkuasa, korang tengoklah nanti keturunan Zhangsun lenyap dari muka bumi ini.."- memang betul pun seluruh clan Zhangsun kena bunuh ngan Empress WU Xetian pada tahun 659.

Li Ke reinstated balik dan diberi gelaran putera Yulin. - sebab tu la takde nama maknye kot?

Li Yin lak anak nombor 2, perangai hazab lain sangat dari abangnya Li Ke. Taizong bengkek jek dengan Li Yin ni. Sebab perangai hazabler si Li Yin ni kena hantar pi Sichuan jadik rakyat biasa (ni ZHangsun Wuji punya kerja kot), bila abangnya dah reinstated balik dia pun skali dan mendapat gelaran putera Fuling dan mati.

itulah di kisahnya puteri sui yang menjadi gundik taizhong yang tak terpahat namanya..











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055227 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list