CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adorabelle1985

Gundik Wu - Maharaja Perempuan pertama China + Kisah gundik Maharaja.

  [Copy link]
Post time 18-12-2010 06:22 PM | Show all posts
Reply 40# ea208964

putih melepak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2010 07:20 PM | Show all posts
haku mmg minat abis kalo citer pasal gundik2 gini! sikit2 ada la jgk pengetahuan tp jgn tanya psl dinasti...hok tu aku tk ingat!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 08:50 PM | Show all posts

Al-kisah gundik terkejam dalam sejarah China

Post Last Edit by dauswq at 19-12-2010 07:36

FASA PERTAMA - PERLANTIKAN SEBAGAI GUNDIK WU

ade sorang pemaisuri yg aslnya gundik sahaja...
(dianggap gundik plg kejam dlm sejarah China)

namanya ..Wu Zetian
dia dilahir pada zaman dinasti Tang pada tahun 624 selepas masihi..



Apa yg menarik mengenai Wu Zhetian ialah dia pernah jadi gundik kepada maharaja Gaozong & bapa kepada maharaja Gaozong, Taizong ...dan juga pernah menjadi "maharaja" pada suatu masa
kisahnya yg menjadi "maharaja" dan menggunakan cara yg kejam untuk meraih kuasa mendapat kritikan keras dr cendikiawan Confusian...
(kerana perempuan tak boleh menjadi maharaja)

kisahnya begini,
Wu Zetian di bawa ke istana semasa berusia 13 tahun kerana kecantikan wajahnya...
Wu Zetian tidak menjadi gundik kegemaran maharaja Taizong tetapi pernah mengadakan hubungan seks dengannya pada suatu ketika....
Selepas maharaja Taizong mangkat, gundik Wu dihantar balik ke tempat asalnya Guanyang...

Pada suatu hari,
Putera Linzi (anak kepada maharaja Taizong) yang baru sahaja dinaikkan statusnya sebagai Maharaja Gaozong memutuskan untuk menyembah (offer incense) bapanya di Tokong Ganye sempena ulangtahun kematian bapanya...

Kebetulan pada masa itu, gundik Wu juga turut menyembah maharaja Taizong..pertemuan antara mereka menyebabkan maharaja Gaozong "blush", mula jatuh cinta..mgkn sbb gundik Wu masih cantik lagi di kala usianya 20-an

Perlakuan sumbang itu dilihat oleh pemaisuri Wang yg tidak sedikit pun rasa cemburu, malah berfikir untuk mempergunakan gundik Wu bagi menarik perhatian maharaja Gaozong dr gundik kesayangannya di istana, gundik Xiao..
Gundik Xiao pd masa itu sudah mempunyai anak lelaki (bakal jd putera mahkota) walhal pemaisuri Wang tidak melahirkan sebarang anak dengan maharaja Gaozong...

Pada masa itu, Gundik Wu yg baru setahun kehilangan Maharaja Taizong bertindak untuk menjadi biarawani tetapi hasratnya untuk mencukur kepala dihalang oleh Pemaisuri Wang...Pemaisuri Wang kemudian dibawa ke istana untuk dipertemukan dengan Maharaja Gaozhong dan seterusnya dilantik sebagai gundik rasmi istana...Atas cinta & kasihnya terhadap gundik Wu, dia terus dilantik dengan taraf gundik tertinggi istana iaitu paling tertinggi dalam "9 gundik taraf ke-2" , satu taraf sahaja di bawah pemaisuri Wang..
Misi Pemaisuri Wang berjaya kerana gundik Wu berjaya menarik perhatian maharaja Gaozong dr gundik Xiao...

Conficius menganggap mengambil gundik maharaja terdahulu yang sudah melakukan seks dengannya dulu adalah "sumbang" dan melanggar prinsip Confucianism.

Gundik Wu berjaya melahirkan 2 putera dinamakan Li Hong & Li Xian , dan seorg puteri Taiping sebelum dinaikkan status kemudiannya..

Maharaja yg telah angau dengan gundik Wu , tidak pandang pemaisuri Wang dan gundik Xiao sekali pun, tambah-tambah lagi gundik Wu berjaya melahirkan lebih ramai putera...
Pemaisuri Wang yg takut statusnya bakal tergugat bekerjasama dengan gundik Xiao bagi membuatkn maharaja tawar hati kepada gundik Wu, tetapi usaha mereka tidak berhasil...

Atas desakan yg agak keras dr pemaisuri Wang dan gundik Xiao, gundik Wu merancang untuk menjatuhkan mereka...

Pada suatu malam gundik Wu yang tengah bunting memancing pemaisuri Wang untuk berada berhampiran dengan kamarnya..
Setelah sahaja gundik Wu melahirkan seorg puteri, gundik Wu terus membunuh bayi tersebut tanpa rasa belas kasihan...
Pemaisuri Wang yg berada di sampingnya dituduh melakukan perbuatan tersebut..

Disebabkan godaan gundik Wu dan perasaan cinta maharaja yg amat sangat terhadapnya, maharaja terus mengarahkan status pemaisuri Wang dihapuskan dan gelaran pemaisuri diberikan pula kepada gundik Wu..Tambah-tambah lagi, pemaisuri Wang tiada anak lelaki menguatkan alasan tarikan tersebut...Namun, tindakannya berjaya dihalang oleh pegawai istana

Pada tahun berikutnya, di bawah perancangan Wu juga, gundik Wu menuduh pemaisuri Wang dan ibunya melakukan aktiviti perbomohan dan ini menyebabkan maharaja marah lalu bertindak memenjarakan mereka...gundik Xiao terlibat sama...
Pada masa yang sama, gundik Wu dilantik sebagai pemaisuri secara rasmi...

Perlantikannya sebagai pemaisuri mendapat tentangan yang hebat dr pegawai2 istana spt Zhangsun, Li Ji, Lu Zhining & Chu Siliang...akibat drpd tentangan tersebut, pemaisuri WU membuat beberapa perancangan rapi untuk menjatuhkan keempat2 mereka..

Mereka dituduh memberontak dan khianat terhadap maharaja, hasilnya keempat-empat tersebut samaada diarah buang negeri, bunuh diri, dan dihukum bunuh sekeluarga....hal ini menunjukkan betapa kejamnya perlakuan gandingan pemaisuri Wu dan maharaja, seterusnya menyebabkan tiada lagi pegawai istana yg berani mempersoalkan segala arahan maharaja...

Plot jahat pemaisuri Wu tidak berhenti di situ sahaja...
Pada suatu hari, maharaja melawat bekas pemaisurinya, Wang dan gundik Xiao yang berada dalam tahanan. Baginda berasa sedih akan perbuatannya itu lalu berkata , ""emaisuri Xiao, dimanakah kamu?".

Pemaisuri Wang menangis dan segera membalas, "Kami telah disabitkan kesalahan dan diturunkan pangkat sebagai orang suruhan. Mengapa lagi tuanku masih memanggil kami dengan panggilan tersebut?"

"Jika tuanku masih menimbangkan hubungan kita yang lepas, mohon perkenan tuaku untuk menamakan tempat ini sebagai 'Huixin Courtyard' ["the courtyard of a returned heart"]." Maharaja setuju dan berkata ," Beta akan buat segera"...


Hal ini mendatangkan cemburu gundik Wu lalu beliau mengarahkan pemasuri Wang dan gundik Xiao disebat 100 kali, serta dipotong kedua-dua pergelangan tangan dan kaki. Sebelum mereka diarahkan sumbat ke dalam pasu berisi arak, gundik Wu menjerit "ergi mati kedua-dua bomoh ini ". Pemaisuri Wang membalas , "Semoga tuanku hidup selama-lamanya, dan Xiao Yi (gundik Wu) dicintai tuanku selama-lamanya" manakala gundik Xiao pula mengutuk , "Kau makhluk yang hina. Semoga aku dapat menjelma menjadi kucing dan kau menjadi tikus supaya aku dapat mencekik leher kau sampai mati."

Mereka akhirnya menghembuskan nafas di dalam pasu arak tersebut setelah sekian lama dibiarkn ke dalamnya. Kemudian, mayat mereka dipancung dan dibuang...Gundik Wu mengarahkan sida-sida tidak memelihara kucing kerana takut akan "curse" tersebut tetapi beliau kerap bermimpi kedua-dua Wang dan Xiao menarik rambut dan membunuhnya

Ceritera ini semasa awal kemunculan beliau sebagai pemaisuri...

banyak lagi nak dicerita sbnrnya..
mcmmn beliau berjaya merampas gelaran "maharaja" dr anaknya sendiri :re: (gila kuasa)

SUMBER:

1. The Book of Tang
2.  Zizhi Tongjian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 09:30 PM | Show all posts
menarik~~ nk tau lagiii..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 11:11 PM | Show all posts
menarik...nk lg..smbungannye caner leh jd maharaja
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 12:16 AM | Show all posts
dasat jugak gundik2 zaman dulu berbut kuasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2010 12:34 AM | Show all posts
ade sorang pemaisuri yg aslnya gundik sahaja...
(dianggap gundik plg kejam dlm sejarah China)

na ...
dauswq Post at 18-12-2010 20:50


Siapa penah tengok filem cina "Detective Dee"? Carina Lau melakonkan watak Wu Zetian, cool jek jadi jahat... best gak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 07:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 19-12-2010 07:31
menarik~~ nk tau lagiii..
siputsedut Post at 18-12-2010 21:30


smbg lagik

FASA KE-2 - SEBAGAI PEMAISURI WU



Kuasa pemaisuri Wu menjadi semakin kuat tatkala beliau mula mencampuri urusan istana dan akhirnya menyebabkan kemarahan kepada maharaja Gaozong. Diceritakan bahawa pemaisuri Wu meracuni maharaja secara perlahan-lahan menyebabkan baginda sakit dan tidak dapat menjalankan urusan istana yang mana urusan istana banyak dikendalikan oleh pemaisuri Wu.


Tambahan pada suatu ketika, berita tentang aktiviti perbomohan beliau dengan seorang dukun Guo Xiang sampai di pengetahuan maharaja. Shangguan Yi, seorang pegawai istana mencadangkan kepada maharaja untuk menghapuskan status pemaisuri yang dimiliki oleh gundik Wu, tetapi maharaja tidak sampai hati kerana baginda amat sayang dengan pemaisurinya itu. Untuk menutup kesalahannya, pemaisuri Wu menghasut maharaja supaya  menyalahkan Shangguan Yi sebaliknya  lalu Shanggyan Yi dituduh berlaku khianat kepada maharaja........Semua pegawai istana dan keluarga mereka yang berhasrat menjatuhkan pemaisuri Wu dihukum bunuh akhirnya..

Pada masa sama, pemaisuri Wu melantik emaknya sebagai "Lady of Rong" dan kakaknya, "Lady of Han" sebagai tokoh penting istana...Selepas kakaknya mati, maharaja bercadang menjadikan anak perempuan Lady of Han , lady of Wei ( anak saudara pemaisuri Wu) sebagai gundik istana untuk menghargai jasanya tetapi belum sempat baginda menyampaikan niat tersebut, pemaisuri Wu telah bertindak meracuni anak saudara perempuannya sendiri dan menyalahkan pegawai istana yang tidak sebulu dengannya. Akibat drpd itu, mereka dijatuhkan hukuman mati oleh maharaja. Anak lelaki Lady of Han pula, Helan Minzi  (mungkin sangat sedih akan kematian emaknya) tidak menerima kurniaan emak saudaranya, pemaisuri Wu sebagai Duke of Zhou kerana beliau mengesyaki kematian emaknya ada kaitan dengan pemaisuri Wu dan juga disebabkan pembunuhan adik perempuannya yang berlaku secara tiba2....Lantaran itu, pemaisuri menjatuhkan Helan Minzi dengan membuat tuduhan bahawa beliau merogol bakal isteri, Li Zhong, putera mahkota pemaisuri dan maharaja, semasa pengebumian Lady of Rong seterusnya menyebabkan  Helan Minzi dibuang negeri....

Mungkin pemaisuri tampak kejam dari sudut yang lain, tetapi beliau amat menyayangi ibunya. Selepas Lady of Rong meninggal dunia, pemaisuri Wu sedih dan menjadi semakin mabuk. Beliau ada memberitahu maharaja untuk menhapuskan status pemaisurinya dan mahu hidup bersendirian, namun maharaja tidak sudi dan berjaya memujuknya.

Beberapa tahun berlalu, maharaja Gaozong semakin sakit dan baginda melantik pemaisuri sebagai pemangku raja atas kepakaran dan kebijaksanaan pemaisuri kesayangannya mengendalikan urusan istana sebelum ini...Pegawai istana yang mendengar tentang hasrat maharaja itu terus membantah kerana perlantikan "perempuan" sebagai pemangku raja adalah dilarang dalam Conficius....
Untuk mengurangkan pengaruh Confucianism di istana, maharaja bersetuju dengan cadangan pemaisuri Wu bagi  menjadikan karya falsafah Laozi, Tao Te Ching sebagai buku yang harus dipelajari oleh pelajar yang menduduki peperiksaan awam untuk menjadi pegawai istana...(Mgkn kerana falsafah Lao Zi kurang tegas mengenai hal berkaitan perempuan)



Pemaisuri Wu yang begitu rakus dengan kuasa yang dimilikinya bertindak sesuatu yang diluar norma sebagai seorang ibu iaitu membunuh putera mahkota, anak lelaki pertamanya, putera Li hong sendiri...Kali pertama beliau pernah membunuh bayi perempuannya sekian lama dulu sebagai plot untuk menjatuhkan pemaisuri Wang. Perkara ini berlaku atas desakan Li Hong yang tidak mahu emaknya mencampuri urusan istana serta permintaan Li Hong untuk membenarkan adik tirinya, puteri Xiyang dan Xuancheng dilepaskan dari tahanan dan diberikan jaminan kahwin....Atas simpati yang ditunjukkan Li Hong terhadap adik tirinya (kerana kedua-dua puteri itu merupakan anak kepada gundik Xiao, musuh ketatnya),  hubungan antara Li Hong dan emaknya menjadi semakin keruh. Perbuatan Li Hong itu menimbulkan kemarahan emaknya lalu pemaisuri Wu bertindak meracuni sendiri Li Hong dan menjadikan putera Li Sujie (anak lelaki gundik Xiao) serta seorang lagi anak maharaja Gaozong dr gundik yg lain, putera Li Shanjing sebagai kambing hitam...Maka dengan kematian Li Hong, pemaisuri Wu berkenan melantik putera beliau ke-2, Li Xian sebagai putera mahkota secara rasmi...

Ada "rumour" yang mengatakan Li Xian bukan anak lelaki kepada pemaisuri Wu dan merupakan anak lelaki kakaknya, Lady of Han (mungkin abang/adik kepada Helan minzi) dengan maharaja Gaozhong. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang pemaisuri lalu menjadikan Li Xian sebagai kambing hitam atas kematian secara tiba2 tukang tilik yang meramalkan Li Xian tidak sesuai dijadikan sebagai pengganti...Pelbagai bukti yang menampakkan penaakulan Li Xian sebagai suspek, akhirnya menyebabkan Li Xian dituduh bunuh dan status putera mahkotanya ditarik balik serta merta....Maka dengan itu, putera beliau ke-3, Li Zhe dilantik sebagai putera mahkota...

Selang beberapa tahun, maharaja Gaozhong mangkat. Baginda digantikan oleh Li Zhe dengan menggunakan nama "Maharaja Zhongzong". Secara automatiknya pemaisuri Wu dilantik sebagai maharani dan pemangku raja di belakang takbir...


ada cerita lain lagik.......tunggu smbgnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 07:15 AM | Show all posts
menarik...nk lg..smbungannye caner leh jd maharaja
dewi_sakura Post at 18-12-2010 23:11


tunggu fasa ke-3..skrg baru fasa ke-2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 07:16 AM | Show all posts
dasat jugak gundik2 zaman dulu berbut kuasa
silkywhite Post at 19-12-2010 00:16


itu baru sedikit..sila baca fasa ke-2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 07:16 AM | Show all posts
Siapa penah tengok filem cina "Detective Dee"? Carina Lau melakonkan watak Wu Zetian, cool jek j ...
sinalegna Post at 19-12-2010 00:34


thank for the info...rupanya cerita baru lagik
nnt akn tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 09:39 AM | Show all posts
Jadik gundik dapat duit ke..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 09:42 AM | Show all posts
Reply 43# adorabelle1985
yang pasti, diorang dapat main puas2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 10:24 AM | Show all posts
gundik sume waxed, x hairy
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 10:27 AM | Show all posts
Reply 41# zaharul_asriq94

sida2 istana semua telah dicastrate
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 10:33 AM | Show all posts
Reply 46# kentoious

ooh, yalah... lupa plak pasal sida2 jantan kene kasi, hbis kalau gitu gundek2 x bleh kahwin dgn orang luar lah yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 02:50 PM | Show all posts
Sambung cepat dik Dausw
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:17 PM | Show all posts
Reply 7# dauswq


  wah daus ... sempat baca cete gundik yea..

smlm baru je terbaca psl gundik2 emperor Cina ... dan  baca psl family Empress Wu .. ...cerita asal usl wu ...bapaknya sebenarnya caste plg bawah klu ikut zaman dulu .. scholars, peasants , workers & craftsmen last merchants..

bapak dia mula2 jadi penjual tauhu  tapi disebabkan keadaan dan timing yg sesuai ..bapak  dia - Wu Shi yue  dapat naik pangkat jadi noblemen sbb bnyk berjasa  kat Li Yuan Tang Dynasty

Wu bertindak kejam sbb ambitious ...yg lagi kejam Daji ...suka seksa org sbb sesaje suka tguk org sakit ..yg tu lagi haru biru ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:20 PM | Show all posts
Reply  dauswq


  wah daus ... sempat baca cete gundik yea..

smlm baru je terbaca psl gundik2 ...
ea208964 Post at 19-12-2010 15:17


ade bc psl Daiji
kalau ade info...bukak je thread baru
bukan org kesah pun...

definisi terkejam daus letak ni sbb dia "bunuh anak sendiri" dan juga cara dia seksa "bekas pemaisuri & gundik lain"
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:24 PM | Show all posts
Reply 11# ea208964

dah baca sedikit
tp tak lengkap...


mmg cara seksaan sgt kejam
siap ada buat lagik peralatan untuk penyeksaan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.085569 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list