CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Seremban dan Izumi di Jepun kini bandar berkembar

[Copy link]
Post time 15-6-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode

S Veerapan mewakili Kerajaan Negeri Sembilan mengadakan perjumpaan dengan wakil perbandaran Izumi, Jepun pada perasmian program sister city, baru-baru ini. FOTO ihsan YB EXCO

Seremban: Seremban mewujudkan program bandar berkembar atau 'sister city' dengan Bandar Izumi di Jepun yang bakal memberi manfaat kepada kebudayaan, ekonomi, pelaburan dan pendidikan.

EXCO Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, satu perjumpaan diadakan dengan wakil perbandaran Izumi baru-baru ini, bagi merasmikan kerjasama berkenaan.

"Ia kerjasama penting yang menghimpunkan dua bandar dalam semangat persahabatan, kerjasama dan pertukaran budaya.

"Pertemuan ini sebagai platform untuk mewujudkan ikatan yang kukuh antara kedua-dua bandar, memupuk hubungan berpanjangan yang memberi manfaat kepada kedua-dua komuniti dalam pelbagai cara," katanya dihubungi.

Tambah Veerapan, program itu turut membuka peluang untuk pembangunan ekonomi dan perdagangan.

"Perkongsian ini membolehkan penerokaan kerjasama perniagaan, misi perdagangan dan peluang pelaburan antara kedua-dua bandar.

"Ini boleh membawa kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan, dan perkongsian amalan terbaik dalam bidang seperti teknologi, inovasi serta keusahawanan," katanya.

Jelas beliau lagi, kerjasama dengan negara maju seperti Jepun bakal memberi manfaat dan pertukaran daripada segi aspek pendidikan serta akademik.

"Ia juga menggalakkan kerjasama antara sekolah, universiti dan institusi penyelidikan malah menggalakkan pertukaran pengetahuan, idea dan penemuan penyelidikan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ni-bandar-berkembar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.095296 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list