CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 776|Reply: 6

[Tempatan] Pakaian jururawat hospital seksi

[Copy link]
Post time 15-6-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Etika berpakaian jururawat wanita di kebanyakan fasiliti kesihatan awam di negara ini disifatkan tidak patuh syariah.

Justeru Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) menggesa kerajaan melihat semula etika berkenaan supaya golongan itu diberi pilihan untuk memilih pakaian yang lebih sesuai.

Saya ingin membangkitkan etika pemakaian jururawat wanita yang kebanyakannya berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan. Ia tidak patuh syariah.

"Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan barat dalam etika pemakaian. Adakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran," katanya ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam pada itu, Wan Razali meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil contoh beberapa hospital lain yang membenarkan kakitangan wanita mereka mengenakan pakaian yang lebih sesuai seiring ajaran Islam.

"Contohnya Hospital USM (Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian (Kelantan) dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Kuantan (Pahang), tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua hospital ini yang memberi pilihan etika yang lebih baik buat pekerja," ujarnya.

Sementara itu, Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) membangkitkan isu kekurangan jururawat di hospital awam susulan ramai yang lebih berminat untuk berkhidmat di luar negara kerana tawaran gaji lebih lumayan.

Justeru beliau mencadangkan supaya tangga gaji golongan berkenaan dikaji semula bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela.

"Kekurangan jururawat boleh diatasi tanpa mengambil jururawat dari luar negara. Ini kerana di institut pengajian tinggi sudah menyediakan pengkhususan jururawat di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

"Institut kejururawatan sedia ada juga perlu diperkasa dengan membuka peluang latihan kepada lebih ramai berkelayakan yang meminati bidang ini," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nak kene kelubung tudung cendawan bidang 60 tu ke sis? nurse ambik blood pressure patient sedang duduk nanti patient termasuk pula bawah tudung nurse hilang dalam dimensi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 09:32 AM | Show all posts
Kalau yang tanpa tudung tidak mengapa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2023 09:54 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059738 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list