CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Tak sempat joli, 2 ditahan selepas 30 minit samun restoran

  [Copy link]
Post time 17-6-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN CCTV sebuah restoran di S2 Heights, Seremban 2, di sini, yang memaparkan kejadian samun, awal pagi semalam. FOTO ihsan polis

Seremban: Selepas 30 minit melakukan samun di sebuah restoran 24 jam di S2 Height, Seremban 2 di sini pagi semalam, dua penyamun tidak sempat joli hasil samun apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian pada 5.10 pagi itu kedua-dua suspek lelaki berusia 19 dan 21 tahun bersenjatakan parang dan cota.

"Ketika kejadian, tiada pelanggan berada di restoran terbabit. Kami menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 29 tahun iaitu pembantu restoran melaporkan premisnya disamun dua lelaki.

"Hasil siasatan mendapati suspek meluru masuk dalam premis dengan mengacukan senjata berkenaan ke arah pekerja seterusnya mengambil sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan tablet milik restoran di kaunter juruwang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM2,400.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditahan di Taman Permai di sini, pada 5.45 pagi iaitu setengah jam selepas melakukan jenayah samun itu.

"Pihak polis turut membuat rampasan beberapa barang kes termasuklah sebuah motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian ini.

"Suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi melengkapkan siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... init-samun-restoran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 10:19 AM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.079130 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list