CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2298|Reply: 22

[Jenayah] Kak Mah tawar peluang kerja melalui Whatsapp….

  [Copy link]
Post time 21-6-2023 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-6-2023 07:16 AM
Hi, I'm Rosemah from LINS ADVERTISING & MARKETING SDN BHD. I saw your resume on the LinkedIn job site, Our company is looking for online part-time employees and our work is simple and free. Are you interested in learning about our work?”
-Whatsapp

Semasa giat mencari kerja, pernahkah anda terfikir jika sesuatu iklan jawatan kosong itu adalah benar atau scam? Tidak mudah untuk mengetahui yang mana benar atau tidak kerana iklan jawatan kosong tersebut selalunya tidak mempunyai banyak perbezaan. Malah, terdapat sejumlah iklan jawatan kosong di internet, bagaimana hendak tahu jika ianya adalah job scam? Pening kepala dibuatnya.

Penipuan di internet semakin berleluasa, dan para scammer suka mengambil kesempatan di atas kedesakan orang awam untuk mencari kerja. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah menyelidik latar belakang sesebuah syarikat atau mencari maklumat dan senarai job scam di internet.

Semak 7 petanda job scam untuk elak ditipu seperti berikut sebelum anda menghantar resume atau kongsi maklumat peribadi anda dengan orang yang tidak boleh dipercayai.

Tawaran Terlalu Bagus

Tawaran pekerjaan yang baik termasuk pakej faedah lumayan serta amaun gaji yang tinggi adalah susah untuk diperolehi kerana sememangnya tiada istilah pekerjaan yang sempurna. Apa yang sering dilakukan job scammer adalah mereka yang menghubungi anda dulu dengan mengatakan mereka jumpa resume anda di dalam talian, sedangkan anda tidak menghantar resume kepada ‘syarikat’ mereka. Atau mereka menawarkan kerja kosong tersebut pada waktu itu juga.

Skop Kerja & Kelayakan Tidak Jelas

Iklan jawatan kosong yang sebenar akan menyertakan tahap kelayakan dan skop kerja yang jelas bagi memudahkan urusan syarikat untuk mencari calon yang paling sesuai untuk menyertai organisasi mereka. Job scam pula tidak akan melakukan sedemikian. Malah, jika anda bertanyakan soal skop kerja, scammer tidak akan melayan soalan anda atau akan  kononnya menawarkan ‘latihan khusus’ untuk jawatan kosong tersebut.

E-Mel Yang Tidak Profesional

Kebanyakan syarikat akan mempunyai alamat atau kandungan e-mel yang profesional, sempurna dan lengkap. Kesilapan job scammer adalah apabila mereka menulis e-mel dengan kandungan yang caca merba, ejaan serta penggunaan tatabahasa yang salah. Tidak lupa juga ketiadaan alamat e-mel dan nombor syarikat disediakan. Sekiranya anda perasan akan perkara tersebut, eloklah anda berhati-hati sebelum menjadi mangsa penipuan yang seterusnya.

Temuduga Menggunakan Perkhidmatan Pesanan Dalam Talian

Ianya tidak pernah terjadi bagi sesebuah syarikat untuk mengadakan sesi temuduga melalui perkhidmatan pesanan dalam talian atau online instant messaging. Sekiranya anda dijemput untuk ditemuduga dengan cara sedemikian, berwaspada lah dan selidik dahulu latar belakang syarikat serta carta organisasi mereka.

Tiada Rekod Dalam Keputusan Carian

Sebelum anda mengatakan ‘ya’ terhadap sesuatu jemputan temuduga, pastikan anda selidik dahulu latar belakang syarikat tersebut di dalam talian. Jika tidak menemui sebarang maklumat, ianya kemungkinan adalah job scam.

Akan tetapi, terdapat juga para scammer yang bijak dalam membuat satu laman web ‘syarikat’ yang profesional bagi memperdaya pencari kerja. Oleh itu, anda perlu cari dalam talian nama dan alamat e-mel syarikat. Atau copy paste sedikit kandungan e-mel yang diterima ke laman carian untuk mengetahui jika kandungan tersebut telah ditiru dari mana-mana iklan jawatan kosong yang lain.

Diminta Kongsi Maklumat Peribadi

Majikan sebenar tidak akan meminta anda untuk kongsi maklumat peribadi yang tiada kaitan dengan jawatan kosong yang dipohon. Sekiranya anda mendapati ‘majikan’ tersebut meminta sebarang maklumat seperti akaun peribadi atau menyuruh anda untuk membuka akaun bank yang baru, sila jangan layan ya! Walau terdesak macam mana sekali pun, jangan sesekali kongsikan maklumat peribadi anda dengan sembarangan orang.

Diminta Bayar Untuk Sesuatu Perkara

Sepanjang karier saya, saya tidak pernah lagi jumpa mana-mana majikan yang meminta saya membayar sesuatu perkara kerana semuanya telah disediakan oleh mereka untuk kemudahan saya bekerja.

Sebagai contoh, anda telah diterima bekerja dan pihak majikan beri anda sebuah laptop tetapi anda diberitahu untuk membayar perisian berjumlah RMXXX ke dalam akaun XXX. Ataupun, anda diminta bayar sejumlah amaun untuk resume anda disemak oleh majikan. Ha, tak ke pelik tu? Awas semua! Sudah terang lagi bersuluh itu adalah salah satu taktik job scam.

Scammer sekarang seolah-olah sangat terlatih dan bijak dalam memperdayakan orang ramai. Walau terdesak macam mana sekali pun anda mencari kerja, selidik dalam-dalam dahulu bakal majikan anda untuk elak dari ditipu. Semoga berjaya!

Kongsikan pengalaman anda mencari kerja di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi.


https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/11/15/petanda-job-scam-untuk-elak-ditipu/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Rosemahh nama kucing diva aa
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 01:41 AM | Show all posts
oh, yang ni iols pernah dapat yach, tapi bukan kak ros lah. Kebetulan memang iols baru update jobstreet. so diorang kata dapat resumt kat situ.

diorang offer keje part time. Pastu diinvite join telegram + wasap. Kitorang kena promote sesuatu tempat tu melalui ulasan kat google review, contoh restoran. Boleh ni iols kena review 5 bintang kat restoran non-halal

masa memula tu, diorang bagi rm10 yach untuk satu ulasan. Thru TnG. Iols tanya tak boleh ke transfer ke akaun bank, dia kata hanya TnG. Takut kantoi lettew.

pastu, stage ke-2, weols kena bagi review untuk 5 tempat, untuk dapat RM10.

stage ke-3 baru macam suspicious sikit, weols kena bagi 5 review, tapi review ke-5 tu weols kena bayar certain amount, ada level2 dia ala2 piramid. Macam bayar RM 100-RM1000 kot, tak ingat dah. Terus iols carut taknak join dah n thank you scammer. Pastu diorang macam sentap kot, taknak layan meols dah. Tapi pastu dia send wasap lagi untuk stage seterusnya. Pastu terus senyap.

masa tu iols dalam bas yach balik dari kampung. Total iols dapat rm20 noks dah selamat beli whiskas untuk kucing kahkah. Kalau guna untuk diri sendiri kang tak berkat pulak yihhhh ala2 judi sangat.

iols syak diorang ada link dengan kompeni2 yang ambik resume kita. Masa iols baru update jobstreet, esoknya ada ompuan india call suruh update akaun. Tiberrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Rosemah Mansor dah lama pencen dari aktiviti songlap menyonglap
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 21-6-2023 01:41 AM
oh, yang ni iols pernah dapat yach, tapi bukan kak ros lah. Kebetulan memang iols baru update jobstr ...

Scammer la ni…sblm ni mmg ada masuk news kes org kena tipu pasal keje

Kekdahnya duit masuk xpe, bila stat kita nak kena bayar utk dpt duit, silalah cepat2 stop sbb tu dah stat scam kita
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha aku pnh dptsh Whatsapp mcm screenshot tu. Tp aku cpt2 stop sbb rasanya x semudah tu buat duit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2023 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak carik bajet set rambut 10k per sessi letew!!

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 07:29 AM | Show all posts
mcm2 tipu daya scammer ni kan
kot terkena kat org yg terdesak nk kje
xke naya kan?
aku doakan scammer ni kena gelek lori pasir bwk muatan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 08:34 AM | Show all posts
aku reply ws mu gi mampus
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dpt dr nombor oversea terus iols report sbgi spam dlm wasap
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg nak cari duit atau terdesak nak pkai duit plak kena bagi duit kat org lain...klau blh bagi duit tu bukanlah terdesak...sebab tu byk yg kena scam ni bukanlah org terdesak tapi tamak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 10:25 PM | Show all posts
Big Mama jd agen… turun tahta kew



Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah je...ko ajak rosemah tu ckp melayu...mmg dia x reti punya nk jawab..ko tulis shortform lagi..guna bahasa pasar..

Dah mmg scammer...aku siap video call ..tp depa reject..last2 maki je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2023 03:13 AM | Show all posts
noor2 replied at 1-9-2023 03:17 PM
Mudah je...ko ajak rosemah tu ckp melayu...mmg dia x reti punya nk jawab..ko tulis shortform lagi..g ...


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 10:40 AM | Show all posts
maki je dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu kat telegrem tiba2 dpt msg dari kwn. Dia kata eh saya nampak gambar awak tak senonoh lah. Nak screen sot tak boleh (ni ayat meols tpi maksud sama).

Meols tros respon. Len kali nak skem org jgn lupa bagi link. Mana link?

Agaknya skemmer ni terasa dia jwb..'eh tak'  Tros meols block sbb takut dia amek pic profile meols.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Scam. Aku pnh kena.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cibai kan sajor
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 22-12-2023 11:22 AM
Hari tu kat telegrem tiba2 dpt msg dari kwn. Dia kata eh saya nampak gambar awak tak senonoh lah. Na ...

Iols pun pernah dapat somethg similar like this. Gambar xsenonoh, cannot SS etc. Then nx day begging me again for he/she cares too much about my maruah yang bakal ‘tercemarr’
Haha..i buka tele msg only after one month - mmg xaktif @ tele + off noti fr tele..
Pigi daaaa..satu kali baca dah terr-serlah kescammeran ayat2nya haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.092394 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list