|
Edited by mrsLucky at 21-6-2023 02:06 AM
Penyanyi Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam. 20hb Jun 2023.
Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga apabila doktor mengesahkan keadaannya kritikal, petang tadi.
Rohana dimasukkan ke hospital sejak April lalu selepas disahkan mengalami kebocoran usus, dan tidak boleh makan serta minum selain hanya bergantung kepada antibiotik untuk proses penyembuhan.
Penyanyi itu pernah melakukan pembedahan bariatrik bagi masalah gastrik dua tahun lalu atas nasihat doktor.
Bekas Juara Bintang RTM 1980 telah menghasilkan banyak album dan mempunyai banyak lagu popular. Semoga Allahyarhamah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.
Berita duka tersebut disahkan oleh rakan rapat Allahyarham, penyanyi Haiza sebentar tadi.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.
|
|