CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Jijoe kini ketiga dunia acara keirin, keenam pecut individu

[Copy link]
Post time 22-6-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 22-6-2023 01:36 PM



AZIZULHASNI bergambar dengan dua pingat emas iaitu bagi acara keirin dan pecut yang dimenanginya di ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, minggu lalu. FOTO FB AZIZULHASNI AWANG

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memperoleh suntikan semangat dalam usaha memburu pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila ranking semasanya bagi acara keirin dan pecut melonjak naik.
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, pelumba yang mendapat gelaran The Pocket Rocketman itu berkata, rankingnya untuk acara keirin melonjak di kedudukan ketiga dunia dan keenam dunia bagi acara pecut individu.
Menerusi semakan di Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), untuk acara keirin, kedudukan Azizulhasni naik tujuh anak tangga manakala bagi acara pecut individu, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu melonjak 13 anak tangga.
"Ada sedikit berita gembira yang saya nak kongsikan dengan anda semua pagi ini. Syukur Alhamdulillah, ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga.

"Seperti gambar yang dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah keirin nombor tiga dan pecut individu nombor enam.

"Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan langkah yang amat positif di dalam proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan dan doa daripada anda semua," katanya.
Pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai minggu lalu, Azizulhasni mencipta sensasi apabila memperoleh dua pingat emas bagi acara keirin dan pecut.
Kejayaan terbaru itu menyaksikan dia meraih keseluruhan 12 emas sepanjang penyertaannya di ACC sejak kali pertama pada 2007, sekali gus berstatus legenda Asia.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turun satu anak tangga di kedudukan ketujuh bagi ranking keirin, namun naik 12 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-19 dalam acara pecut individu.
Pelumba berusia 28 tahun itu meraih gangsa menerusi acara keirin pada ACC 2023, minggu lalu.



https://www.hmetro.com.my/arena/ ... enam-pecut-individu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.391110 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list