CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

[Johor] Imam 'Haji Ali' dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal dunia

[Copy link]
Post time 22-6-2023 02:54 PM | Show all posts |Read mode

Allahyarham Muhammad Nasir meninggal dunia 12 jam selepas isterinya. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: "Hanya beberapa jam selepas isterinya selamat dikebumikan, saya mendapat panggilan memaklumkan suaminya pula meninggal dunia," kata Jailan Salikin, 64.

Jailan adalah saudara kepada pasangan suami isteri, Muhammad Nasir, 81, dan Hafsah Ahmad, 83, yang meninggal dunia disebabkan penyakit kronik pada hari sama, semalam.

Allahyarham Muhammad yang juga imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat dekat Senggarang, meninggal dunia beberapa jam selepas isterinya selamat dikebumikan, jam 11.30 pagi semalam.

Terdahulu, Hafsah disahkan meninggal dunia jam 1.45 pagi semalam, di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat kerana angin ahmar selain menghidap ketumbuhan di otak manakala suaminya meninggal sekitar jam 1.05 petang hari sama.

Menceritakan mengenai pasangan itu, Jailan berkata, Muhammad atau lebih dikenali sebagai Haji Ali dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Lurus Darat, dilihat agak gelisah selepas isterinya dimasukkan ke wad.

"Sebelum pemergian Muhammad, dia kelihatan sihat. Pada Isnin lalu, isterinya ketika itu sedang mendapat rawatan di HSNI dan dia meminta izin mahu menziarah.

"Muhammad risau kerana isterinya baru menjalani pembedahan. Bagaimanapun, sebaik melihat keadaan isterinya, Muhammad tiba-tiba pengsan.

"Muhammad dimasukkan ke wad disebabkan tekanan darah rendah. Pagi semalam, Muhammad mendapat tahu isterinya sudah tiada," katanya ketika ditemui hari ini.

Jelasnya lagi, selepas pengebumian Hafsah, dia pulang ke rumah sebelum mendapat panggilan mengatakan Muhammad baru saja meninggal dunia.

"Saya belum sempat berehat, sekali lagi menerima berita mendukacitakan," katanya.

Menurutnya lagi, sepanjang hayatnya, pasangan itu sentiasa bersama termasuk ke surau dan mereka memang pasangan intim.

Katanya, walaupun Muhammad berjalan menggunakan tongkat, Hafsah tetap menemaninya.

"Muhammad sedih melihat keadaan isteri yang selama ini menjaganya," katanya yang turut memaklumkan pasangan berkenaan adalah pesara tentera dan guru agama.

Sementara itu, kariah Surau Haji Taha, Abdul Rahman Masrikin berkata, sepanjang hayatnya, arwah yang juga Bendahari surau adalah penyumbang tetap yang sama-sama melunaskan bil elektrik dan air rumah ibadat berkenaan.

Menurutnya, pasangan itu banyak memainkan peranan menghidupkan surau dengan pelbagai aktiviti hingga menarik kehadiran lebih ramai jemaah.

"Saya sudah lama mengenali mereka. Kedua-duanya cukup pemurah selain disenangi kariah dan jemaah di surau ini.

"Kami cukup terasa dengan kehilangan mereka. Malah, masih terngiang-ngiang laungan azan atau bacaan surah oleh Muhammad," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nya-meninggal-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052236 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list