CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24314|Reply: 31

Gaji pemain bola sepak kesebelasan utama di Malaysia

[Copy link]
Post time 17-12-2010 10:07 PM | Show all posts |Read mode
Gaji Bekas pemain Kelantan FA 2010.

Indra Putra : RM19,000
Nor Farhan : RM16,000
Azizi Mat Rose : RM12,000

Tapi, mereka telah sah meninggalkan Kelantan walaupun sudah memeterai Kontrak bersama Kelantan 2011.
Sekarang KAFA dah buat keputusan akan mengambil tindakan ke atas mereka kerana melanggar kontrak.

Apa pendapat peminat2 bola sepak di sini, cukup banyak tak gaji sebanyak ini dengan bermain bola sepak profesional? Atau sepatutnya pemain bola sepak kesebelasan utama di Malaysia perlu dibayar dengan lebih banyak lagi?




Sumber : Tan Sri Annuar Musa


Diperolehi dari info orang dalam KAFA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2010 10:07 PM | Show all posts
KAFA Heret Ke FAM

Entri Berita ini di tulis pada 09. Dec, 2010
0
digg

238
Share
KEMELUT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan tiga pemainnya yang berhijrah ke T-Team terus memuncak apabila persatuan tersebut membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tiga pemain terbabit, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose dan Nor Farhan Mohamad didakwa berpindah ke pasukan lain tanpa persetujuan KAFA dan mereka juga masih mempunyai kontrak bersama Kelantan.

Malah sekiranya tidak ada jalan penyelesaian Presidennya, Tan Sri Annuar Musa tidak teragak-agak mengheret tiga bekas tonggak utama pasukan The Red Warriors itu ke mahkamah.

“KAFA menyerahkan isu tiga pemain tersebut kepada jawatankuasa status FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Takiyuddin Hassan dan kita telah memaklumkan kepada semua pasukan tentang kedudukan pemain itu.

“Saya juga sudah memberitahu Pengurus Pasukan T-Team, Rozi Mamat yang juga Exco Sukan Terengganu,” kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya semalam.

Annuar berkata, sekiranya pasukan dan pemain melanggar peraturan tersebut, KAFA akan menyerahkan perkara itu kepada FAM dan mahkamah untuk menentukanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa tindakan pemain yang yang tidak memaklumkan keputusan sama ada akan beraksi bersama Kelantan atau sebaliknya sebagai mensabotaj persiapan The Red Warriors.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Annuar melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap segelintir pemainnya yang lupa diri selepas mencipta nama dengan The Red Warriors.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2010 10:08 PM | Show all posts
Kelantan Sukar Adun Skuad Mantap

Entri Berita ini di tulis pada 14. Dec, 2010
0
digg

128
Share
KOTA BHARU – Juara Piala Malaysia, Kelantan berdepan saat getir dalam membentuk skuad mantap bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ,Tan Sri Annuar Musa berkata, ini disebabkan tiga bintang utamanya termasuk ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin berhijrah.

Difahamkan, KAFA hanya akan mendaftar 22 atau 23 pemain daripada 25 pemain sebelum tarikh tutup pendaftaran mereka dalam Liga-M pada 15 Disember ini, kerana tidak sempat untuk mencari pengganti ketiga-tiga tonggak tersebut.

“Inilah akibatnya apabila tiga pemain tersebut meninggalkan pasukan tanpa notis rasmi dan pada akhir musim, sukar untuk mengisi pengganti mereka.

“Kesan pada pasukan adalah besar, perancangan tergendala dan pelan Red Warriors terjejas, penaja KAFA juga turut terjejas,” kata Annuar kepada Utusan Malaysia semalam.

Selain Indra, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose turut menyertai pasukan lain.

Ekoran itu, Annuar kecewa sambil mendakwa pemain tersebut meninggalkan pasukan tanpa notis rasmi dan ia melanggar kontrak.

Beliau menggesa Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjalankan siasatan terhadap ketiga-tiga pemain terbabit.

Selain tiga pemain ini, Kelantan turut kehilangan Akmal Rizal Rakhli dan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein.

Annuar, yang Timbalan Presiden FAM berkata, KAFA juga sedang menimbangkan untuk menuntut ganti rugi daripada tiga pemain terbabit, kerana melanggar kontrak.

“Kita telah meminta peguam untuk meneliti kes ini kerana kerugian dan kerosakan tidak dapat dinilai, kesannya amat buruk kerana tiga pemain ini adalah pemain kesebelasan utama,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 09:39 PM | Show all posts
rm19k sebulan?? manyak lah tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 09:40 PM | Show all posts
tak kan nak mintak gaji setaraf macam ronaldo pulak...

ukur baju badan sendiri lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 01:09 AM | Show all posts
tapi kena ingat gak, pemain2 ni pekerja kontrak yang khidmat mereka hanya untuk beberapa tahun.. but rasanya 5 angka camtu, pandai2 la menyimpan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2010 11:50 AM | Show all posts
Reply 1# DanIno

gaji tu utk sbln ke sthn?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 12:07 PM | Show all posts
sebulan le..klu setahun nk mkn ape diorang..

aku pelik la..diorang kan da abes kontrak..cuma kelantan tawarkan kontrak baru..diorang xbalas surat tawaran tu..so,diorang DIANGGAP terima tawaran tu..kenapa camtu ye?patutnye dah abes kontrak xde hal la blah camtu je..ni undang2 FAM ke?

atau aku salah info..ade sesapa bole terangkn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 01:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by Filippo at 20-12-2010 13:10
sebulan le..klu setahun nk mkn ape diorang..

aku pelik la..diorang kan da abes kontrak..cuma kela ...
wanburn Post at 20-12-2010 12:07



ikut cerita camni, syarat FAM kalo nk lanjutkan kontrak yg baru kene buat 3bulan seblom kontrak yg asal abes,
jadi kafa antar la surat tawaran tp 3 player tu xblas jadi kelantan fa igt dorang dah setuju..
alih2 dorang lompat club lain plak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 01:20 PM | Show all posts
ikut cerita camni, syarat FAM kalo nk lanjutkan kontrak yg baru kene buat 3bulan seblom kontrak yg asal abes,
jadi kafa antar la surat tawaran tp 3 player tu xblas jadi kelantan fa igt dorang dah setuju..
alih2 dorang lompat club lain plak..
Filippo Post at 20-12-2010 13:09



    ok..aku faham..lg 3 bln nk abes kontrak,KAFA bg surat tawaran utk kontrak baru..tp diorang ni wat xlayan jah..so selepas 3 bln tu diorang akan abes kontrak lama la kn..pastu kenapa xboleh blah team lain?kenapa klu Xsain kontrak baru seseorang pemain tu bole DIANGGAP dah setuju utk wakil kelab lama dia?

klu memang undang2 FAM camtu,aku rasa sangat pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 01:24 PM | Show all posts
Reply 10# wanburn


    ontah la aku pon x paham..tp 3 org player tu pon patut be profesional la..
kalo rasa dah xnk main kt kelantan, balas je la surat tawaran tu mengatakan dah x nk..
skang ni dah jadi mcm ni
mcm2 benda timbul..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 01:34 PM | Show all posts
Reply 11# Filippo


    yup..bg pihak pemain plak aku rasa mmg kurang profesional..maybe xdapat main thn depan..klu kena saman juta2 lg..adoi..pening..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 11:39 AM | Show all posts
xyah blajaq tinggi2 smpi phd pun...haha...main bola ari2 pun dpt gaji 5 angka...sapa xmau oiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 03:58 PM | Show all posts
kena bnyk la gaji dorang sbb dorang keje smpai umur 35 je, klu gaji rendah,sape nk jd pemain bole sepak.hnya org yg xbley wat keje laen atau xde choice je main bola. kita nk bakat terbaik.
kalau gaji dan peluang tinggi, mesti dr kecik parents sanggup train anak main bola. skrg trend kat malaysia mak bpk suruh anak jd doctor,sbb ape? gaji besar hdup stabil
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 11:55 PM | Show all posts
main bola sepak.. cedera.. da tua badan la truk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 12:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 02:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by sayapghaib at 27-12-2010 14:29
muse5897 Post at 27-12-2010 00:00



    KEMBAR Indera Purata?.Wife dia kalau korang tengok mcm Ekin bini Mawi.Markus H.Maulana
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 04:45 PM | Show all posts
muse .. naper asik bubuh gambar wak dogol hendon ni..... panas plak aku nengok muka dia nih.....:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 01:43 PM | Show all posts
Gaji Bekas pemain Kelantan FA 2010.

Indra Putra : RM19,000
Nor Farhan : RM16,000
Azizi Mat Rose ...
DanIno Post at 17-12-2010 22:07



sebulan mcm tu kira sikit je tu berbanding player luar..
lg pun diorg main smpai umur brapa je,
pastu nak keja apa..
pandai2 le bawa diri..{:2_70:}
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 05:34 PM | Show all posts
secara rough calculation...

gaji striker overated donia seperti gonzalo higuin sebulan da cukup untuk membayar 60 orang Indra Putra sebulan...

ish ish ish...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.083883 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list