CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34360|Reply: 246

Cemburu Berdarah : Remaja Hamil Di Tikam 19 Kali, Disimbah Asid

  [Copy link]
Post time 19-12-2010 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Hmetro dan Bharian


JOHOR BAHRU: Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, mangsa 19 tikaman dan disimbah asid akan menjalani rawatan membuang sel kulit mati Isnin ini selepas 70 peratus bahagian badan termasuk mukanya melecur teruk.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Johor, Senator Datuk Sharifah Azizah Syed Zin, berkata keadaan mangsa semakin stabil dan masih perlu menerima rawatan susulan berikutan kecederaan teruk yang dialaminya.

“Nur Ain sudah sedar dari komanya dan boleh membuka matanya. Malah, ketika menegurnya, dia memberi maklum balas yang positif dan faham apa yang sedang berlaku ke atasnya.

“Ini satu perkembangan yang baik dan saya berharap dia akan cepat sembuh seperti sedia kala,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Katanya, Pergerakan Wanita UMNO negeri akan sedia membantu Nur Ain apabila sembuh kelak termasuk memberi bantuan kaunseling serta pertolongan lain yang sewajarnya bagi membantu mangsa meneruskan kehidupannya.

“Saya sedih perkara sebegini boleh berlaku. Saya dan ahli Wanita UMNO yang lain berdoa supaya Nur Ain cepat sembuh kerana usianya masih muda dan perjalanannya menuju alam dewasa juga masih jauh.

“Saya juga berharap keluarganya bersabar dalam menghadapi dugaan yang melanda dan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya dapat mengharunginya dengan mudah,” katanya.

Sharifah Azizah sebelum itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa bertujuan meringankan beban yang ditanggung mereka.

Akhbar semalam melaporkan Nur Ain yang mengandung enam bulan koma, manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram, dekat sini Khamis lalu.

Mangsa diserang seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai akibat menolak cinta lelaki terbabit. Suspek dikatakan mengenali mangsa sejak dia berusia 12 tahun lagi malah, suspek juga dipercayai adalah anak angkat kepada keluarga mangsa.

Mangsa dilaporkan parah selepas ditikam 19 kali kebanyakannya di bahagian perut selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.



p/s: apa nak jadilah manusia-manusia zaman sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 05:42 PM | Show all posts
kesiannya dia.. semoga tabah dan sihat kembali...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 05:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by Risma at 19-12-2010 17:50

dia hamil kannnn................ dah kawen ke.....rasanya belum kot.... hu hu... memacam budak sekarang.........

ris terbaca kat mana entah, katanya suspek tuh selalu belikan barang utk budak nih, apa saja budak nih nak dia tunaikan.......... tapi budak nih ada pakwe lain....... hu hu tu yang jadi kes cemburu kot......... ko nak apa2 mintak dengan aku, tapi bagi tubuh badan kat orang lain .... sadis tul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 06:02 PM | Show all posts
itulah ceritanye
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:04 PM | Show all posts
ada tulis ke belum kawin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 06:07 PM | Show all posts
ada tulis ke belum kawin?
easy81 Post at 19-12-2010 18:04


x tulis
tp x de jugak tulis cerita pasal suami dia
so, x leh la nak teka teka
sangka baik jalan terbaik
apatah lagi nasib dia sedang malang dan diuji sebegitu rupa
walau siapapun dia, x patut sangat ada manusia yg tergamak hukum dia sebegitu rupa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2010 06:09 PM | Show all posts
Malang tol jumpe dgn org saiko camni...ciann budak ni...:(


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 06:13 PM | Show all posts
Malang tol jumpe dgn org saiko camni...ciann budak ni...


(posted by mobile)
diamondvii Post at 19-12-2010 18:09


itulah
kita yg akan teruskan hidup ni perlu amik iktibar
kdg kdg tindakan kita kecik aje
tp bila tindakan tu kena kat org psyco, tindak balas depa sukar nak kita jangka
mintak Allah jauhkan kejadian sebegini jadi pada kita dan keluarga kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 06:22 PM | Show all posts
Ya Allah apalah nak jd ....macam2 je
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:22 PM | Show all posts
Astaghfirullahalazeem...apa ni?  Tak boleh nak digest keganasan dan kebodohan yang melampau macam ni berlaku di kalangan orang Islam di negara Islam Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:28 PM | Show all posts
makin ramai org mereng kat malaysia ni.. bahaya2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:33 PM | Show all posts
Reply 1# koboi

ya allah ...makin ramai yang sakit mental sekarang ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:34 PM | Show all posts
bapa kpd bayi dlm kandungan tu xnak muncul n dakwa suspek ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:37 PM | Show all posts
ganas sgtla..

suka sgt simbah asid2 ni...

time cmni kalo tgh marah setan duk api2kan lagi..tu yg jd kejam tu..

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:38 PM | Show all posts
tua tak sedar diri...
rasanya budak tu pun tak sangka jantan kertu tu nakkan dia...
tup2 kena serang je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:43 PM | Show all posts
pergh..skg ni asal  xpuas ati ja kasi tembak,tikam,curah asid..jahat gila weh..hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 06:45 PM | Show all posts
ngerinyer tgk........... adoiii, senak perut memikirkan peel org2 skarang ni, laju aje tangan nak nyimbah2 asid la, tikam2 la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 06:46 PM | Show all posts
dengan muka dan badan yg kena asid,
walaupun dia sembuh dari 16 tikaman tu
masa depan budak perempuan ni sudah gelap
dan memerlukan bantuan banyak pihak untuk meneruskan hidup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 06:47 PM | Show all posts
Astaghfirullahalazeem...apa ni?  Tak boleh nak digest keganasan dan kebodohan yang melampau macam ni ...
KakFie Post at 19-12-2010 18:22


itulah
kita rasa persekitaran kita aman
tp saban hari didedah dengan cerita org bunuh org, org pukul org, org simbah asid kat org
ya Alllah, ya Rabbi...
takutnya mengenangkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:48 PM | Show all posts
sapakah bapa bayi iyu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.080242 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list