CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Harrif buru kejohanan kebangsaan

[Copy link]
Post time 2-7-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode

HARRIF berkata kejohanan terbabit juga menjadi medium terbaik sebagai persediaan LTdL. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Pelumba berpengalaman negara Mohd Harrif Salleh tidak rela berputih mata dalam usaha memburu gelaran juara kebangsaan untuk kali pertama di Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 20 hingga 23 Julai depan.

Hal ini kerana, pelumba berusia 35 tahun itu terpaksa berpuas hati sebagai naib juara pada edisi 2016 apabila tewas kepada abangnya, Mohd Zamri Salleh dalam saingan lebuh raya.

Malah, Harrif berkata, kejohanan terbabit juga menjadi medium terbaik sebagai persediaan sebelum beraksi di saingan lebih berprestij iaitu Le Tour de Langkawi (LTdL) yang dijadualkan berlangsung pada 23 sehingga 30 September depan.

"Impian saya memang nak bergelar juara kebangsaan, tetapi tengok juga keadaan, serta perancangan pasukan ketika hari pertandingan. Mungkin ada pelumba yang akan mengasak dan meninggalkan peloton dari awal.

"Kalau ikutkan acara lebuh raya ini, memang ia adalah perlumbaan selama satu hari sahaja, jadi untuk saya sendiri, memang saya hendak melakukan yang terbaik, untuk mencipta sesuatu kejutan di kejohanan kebangsaan nanti," katanya.

Terdahulu, pelumba yang mewakili pasukan Terengganu Polygon Cycling (TSG) itu menjalani latihan seterusnya mengambil bahagian dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai bulan lalu, dalam usaha memastikan keadaan fizikalnya berada pada tahap optimum.

Walaupun perlumbaan trek bukanlah 'makanan' Harrif, namun dia mampu menamatkan saingan dalam acara perlumbaan penyingkiran (elimination) di kedudukan kelapan daripada 15 peserta yang mengambil bahagian.

"Sebenarnya saya bermain dalam acara trek ini hanyalah persiapan untuk ke LTdL, ia adalah sebahagian daripada program latihan saya, kerana kita lihat ramai pelumba trek akan beralih ke acara lebuh raya juga.

"Saya hendak menguatkan kembali kekuatan saya, jadi trek adalah pilihan yang sesuai.

"Saya juga sudah berbincang dengan jurulatih saya di TSG, Jeremy Hunt dan dia bersetuju sebab dia tahu keadaan fizikal saya, sebab untuk lebuh raya memang saya sudah ada tahap saya yang tersendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ejohanan-kebangsaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050292 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list