CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Johor] Penat berperang monyet

[Copy link]
Post time 3-7-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode

MONYET liar yang menyelongkar tong sampah penduduk di Jalan Gunung 38, Bandar Seri Alam berlarutan sejak tujuh tahun lalu. (FOTO KANAN) DZULFADHLI menunjukkan getah yang dipasang pada tong sampah bagi mengelakkan diselongkar monyet liar.

Pasir Gudang: Tujuh tahun dikacau monyet liar yang menyelongkar tong sampah menyebabkan persekitaran kotor serta ketidakselesaan penduduk.

Itu masalah dihadapi penduduk di Jalan Gunung 38, Bandar Seri Alam di sini, yang tidak tahan dengan kacau ganggu haiwan berkenaan.

Penduduk, Dzulfadhli Dolzefli, 23 berkata, masalah itu berlarutan sehingga kini, biarpun mereka membuat aduan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Katanya, tindakan memasang perangkap dilakukan pihak berkenaan beberapa tahun sebelum ini, tetapi tiada perubahan, malah tong sampah penduduk kerap diselongkar sehingga mengotorkan jalan raya.

"Kami mendiami kawasan perumahan ini sejak 22 tahun lalu namun masalah monyet liar yang membuat onar timbul sejak tujuh tahun lalu.

"Saya percaya haiwan liar ini hilang habitat apabila kawasan mereka dibangunkan perumahan atau pusat pendidikan. Situasi itu menyebabkan monyet liar datang cari makanan dengan menyelongkar tong sampah.

"Kalau lihat keadaan perumahan Jalan Gunung 38 ini, ia berhadapan belukar, mungkin hanya ini penempatan sesuai untuk mereka," katanya di sini, baru-baru ini.

Pekerja swasta, Ayati Omar, 50, berkata, kebanyakan penduduk mengambil inisiatif memasang getah pada penutup tong sampah, agar tidak diselongkar.

Katanya, namun ia tidak banyak membantu bagi tong sampah yang terkopak dan pecah.

"Bila kita nak buat rumah terbuka selalu fikir mengenai sampah, sebab sampah banyak, nak tunggu diambil SWM takut monyet selongkar dahulu, baris perumahan ini boleh penuh dengan sampah.

"Monyet liar ini agresif kerana saya pernah dikejar ketika hendak ambil serai di hadapan rumah. Mujur sempat lari, kalau tidak bimbang juga dengan keselamatan.

"Kejadian monyet liar masuk ke rumah tidak pernah terjadi, tetapi pernah naik atas bumbung dan dalam garaj kereta, monyet juga kerap curi susu dan makanan kucing," katanya.

Sementara itu, Effie Ghazi Taib, 51, berkata, pada musim perayaan, khususnya rumah terbuka mesti dibuat sehari sebelum hari sampah diangkat.

Katanya, jika tidak, sampah berlonggok di luar rumah lebih lama dan berisiko diselongkar monyet liar.

"Di kawasan ini SWM ambil sampah pada Ahad dan Rabu, jadi apabila kami buat rumah terbuka kena buat hari Sabtu malam supaya pada pagi Ahad sampah diangkut sebelum monyet liar selongkar.

"Kalau buat tahlil atau majlis lain selain Sabtu atau Selasa, tuan rumah perlu angkut sampah ke tong sampah besar di kawasan berdekatan.

"Ada juga inisiatif penduduk membaling mercun setiap petang supaya monyet takut, ia membantu tapi modalnya besar sebab mercun pun mahal," katanya.

Jadi, katanya, penduduk berharap pihak berkaitan menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... at-berperang-monyet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.130570 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list