CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Pulau Pinang] PH yakin terus kuasai Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 3-7-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode
PH yakin terus kuasai Pulau Pinang


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 3, 2023 @ 4:59pm [email protected]




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Foto Mikail Ong




GEORGETOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yakin sasaran mengekalkan penguasaan Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang bagi penggal keempat berturut-turut dapat dicapai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH negeri itu berkata, sehingga kini Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Timbalannya, Dominic Lau, juga belum pernah menyebut mereka mampu menawan Pulau Pinang dengan sasaran tertinggi, sebaliknya yang disebut hanya dapat menang 20 kerusi.

Katanya, sokongan pengundi Barisan Nasional (BN) juga dijangka mampu memberi kemenangan gabungan itu yang dilihat mampu menang sehingga dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Itu PN kata mereka mahu menang 20 kerusi, namun analisis akhbar media arus perdana bahasa Melayu juga tidak melihat PN mampu capai.

"Jadi sasaran kita untuk mengekalkan kemenangan dua pertiga boleh dicapai," katanya ketika ditemui di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini hari ini.

Minggu lalu, Kon Yeow berkata pihaknya menyasarkan kemenangan di 30 hingga 32 daripada 40 kerusi DUN iaitu lebih menyamai pencapaian PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan 13, berbanding 37 kerusi yang dimenangi dalam PRU14.

Kon Yeow berkata, analisis menunjukkan pengaruh PN meningkat pada PRU15 lalu dengan gabungan itu dikatakan mampu memenangi kerusi DUN di bawah Parlimen yang dikuasai mereka, namun situasi sudah berubah selepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

Katanya, sekiranya PRU15 lalu menyaksikan pertembungan tiga penjuru di kebanyakan kawasan, PRN kali ini akan menyaksikan undi akan tertumpu kepada dua gabungan sahaja, sekali gus menjadi dinamik baharu dalam politik negara.

"Isunya sama ada undi itu dapat diperkukuhkan melalui gabungan PH dan BN, adakah undi antara gabungan ini boleh dipindahkan kepada rakan seperti undi BN diberi kepada PH dalam kawasan ditandingi atau sebaliknya.

"Jadi ini akan merapatkan jurang kalau ada (berdasarkan) keputusan (PRU15) lalu. Jadi kita memang harap dengan gabungan baharu ini dapat mengekalkan kerusi kita.

"Diharapkan juga masalah dalaman UMNO pada PRU15 lalu (misalnya) ada tak keluar mengundi... saya tak kata ia takkan berlaku, mungkin ia berlaku, kalau mereka (UMNO) dapat mengatasi masalah dalaman dan memberi fokus kepada undi menyokong Kerajaan Perpaduan, maka kita rasa pakatan ini dapat mengekalkan Pulau Pinang," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.467924 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list