CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 0

[Perlis] Maqis rampas minuman yogurt tidak patuh syarat permit import

[Copy link]
Post time 8-7-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode

MINUMAN berperisa yogurt yang dirampas Maqis. FOTO Ihsan Maqis

Bukit Kayu Hitam: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk minuman yogurt berperisa yang tidak mematuhi syarat permit import di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam Mohd Sukor Shafie berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pegawai Maqis di laluan kargo import mendapati sebanyak 18,632.4 liter minuman yogurt berperisa dianggarkan bernilai RM67,573 cuba dibawa masuk.

"Pemeriksaan dilakukan mendapati minuman itu tidak mematuhi syarat import iaitu gagal mengemukakan Sijil Kesihatan Veterinar.

"Kegagalan mengemukakan maklumat itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(2) akta sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Maqis terus komited menjaga biosekuriti makanan negara dan memastikan aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan dipatuhi.

"Pada masa sama, kita tidak leka dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dan makanan diimport dan dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yarat-permit-import

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.211775 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list