CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28948|Reply: 67

DOREAMON EPISOD AKHIR??

[Copy link]
Post time 21-12-2010 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Teringat masa kecik-kecik dulu bila tengok cerita doramen kat tv..jom kita lyn cerita ni jap... sediakan tisu sbb cerita ni boleh buat korang nangis...
http://episodkehidupanku.blogspot.com/2010/12/doraemon-episod-akhir.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2006 11:00 AM | Show all posts

Penamat Untuk Siri Doraemon!

AN AN AN, tottemo daisuki, DORAEMON... (ah ah ah, I love you very much, Doraemon) bunyi lagu yang kita boleh dengar setiap hujung minggu di kaca televisyen kita. Doraemon, tentu ramai dari kita yang telah menghabiskan usia-usia kita membesar dengan karekter dari siri Doraemon ini yang boleh ditonton dikaca tv dan didapati dalam buku-buku dipasaran. Di sini tak perlulah diterangkan sejarah awal atau fakta-fakta mengenai Doraemon. Kalu nak tahu lebih lanjut, tanya saja adik-adik anda atau budak-budak sekolah. Di sini ingin diceritakan tentang penamat kepada siri-siri Doraemon ini, yang tak pernah kita ketahui, samada khabar angin ataupun penamat rasmi...

Cerita Doraemon ini telah dicipta oleh dua orang penulis iaitu Fujimoto Hiroshi (Fujiko F. Fujio) dan Motoo Abiko (Fujiko A. Fujio).Terdapat dua khabar angin utama yang sering diperkatakan sejak akhir 90an sehingga sekarang tentang penamat siri Doraemon.

Pertama, penamat yang optimistik telah diumumkan oleh Nobua Sato beberapa tahun dahulu. Doraemon telah kehabisan baterinya, dan Nobita telah diberi pilihan samada menggantikan bateri dalam Doraemon, yang boleh menyebabkan Doraemon kehilangan semua ingatannya, atau menunggu juruteknik robotik yang bagus, yang mampu menghidupkan kembali Doraemon suatu hari nanti.

Nobita telah bersumpah sejak hari itu lagi untuk bekerja keras di sekolah, lulus dengan cemerlang dalam pelajaran dan menjadi juruteknik robot yang akan menghidupkan Doraemon. Dia akhirnya berjaya menghidupkan kembali Doraemon pada masa depan dan bekerja sebagai seorang professor dalam bidang robotik dan juga menjadi pencipta "artificial intelligent" (A.I.). Dia hidup senang dan gembira, dan tidak mempunyai masalah kewangan, yang menjadi punca Doraemon dihantar ke zaman silam.

Penamat yang kedua pula mengisahkan bahawa Nobita Nobi adalah seorang kanak-kanak yang menghidapi autism* (sakit otak yang menyebabkan kelembapan). Semua watak-watak termasuk Doraemon hanyalah watak imaginasi Nobita yang mencipta siri-siri tersebut untuk menghilangkan beban dan tekanan beliau yang terlantar di hospital.

Penamat ini menyebabkan kemarahan oleh sebilangan peminat Doraemon. Ramai peminat di Jepun telah mengadakan bantahan di luar ibu pejabat penerbitan siri ini setelah mengetahui tentang cadangan ini. Pihak penerbit terpaksa mengeluarkan kenyataan awam bahawa perkara ini adalah tidak benar sama sekali.

Dengan itu, dirumuskan bahawa tiada penamat untuk siri Doraemon.



Walaubagaimanapun, terdapat tiga penamat rasmi untuk siri Doraemon pernah dibuat. Dua daripadanya tidak pernah dikeluarkan memandangkan ramai pembaca telah meningkat dewasa dan difikirkan bahawa tidak perlunya dua siri penamat ini dikeluarkan.

- Mac 1971. Dalam majalah Shogaku 4-nensei, Doraemon mengatakan bahawa pelawat di masa depan telah melakukan pelbagai masalah. Maka perjalanan untuk kembali ke masa silam dibatalkan. Doraemon meninggalkan Nobita.

- Mac 1972. Dalam majalah Shogaku 4-nensei juga, Doraemon terpaksa pulang dan terpaksa menipu mempunyai masalah mekanikal agar Nobita dapat melepaskan dia. Nobita percaya dan berjanji untuk menunggu sehingga Doraemon menjadi sihat semula. Doraemon menyedari bahawa Nobita dapat menerima permergiannya, dia telah memberitahu cerita sebenar dan Nobita telah menerimanya. Doraemon kembali ke masa depan.

Penamat yang ketiga adalah untuk siaran TV. Tetapi memandangkan sambutan di TV agak berkurangan dan kedua-dua Fujiko Fujio agak sibuk dengan kerja lain, siri ini telah dijadikan sebuah anime dalam tahun 1981. Dan pada tahun 1998, ianya dikeluarkan dalam bentuk filem anime.

- Mac 1973. Dalam majalah Shogaku 4-nensei, Nobita pulang ke rumah setelah kalah bergaduh dengan Gian. Doraemon kemudiannya mengatakan bahawa dia terpaksa pulang. Nobita tidak mengizinkannya tetapi setelah berbincangkan dengan keluarganya dia menerima pemergian Doraemon.

Mereka telah bersiar di taman buat kali terakhir (aahhh sedihnya...). Dalam masa mereka hendak berpisah, Nobita telah bertembung dengan Gian dan bergaduh semula. Mereka bercakaran agak lama dan Nobita telah bertarung sepenuh hatinya agar Doraemon dapat pergi dengan tenang. Akhirnya Gian membiarkan Nobita menang kerana tidak mengaku kalah. Nobita telah menemui Nobita dalam keadan pengsan dan membawanya pulang. Doraemon duduk bersebelahan dengan Nobita yang sedang tidur dan setelah berfikir buat beberapa ketika, Doraemon meninggalkan Nobita dan pulang ke zamannya (sedihnya aku...).



Sewaktu kedua-dua Fujiko Fujio berpecah pada tahun 1987, cadangan untuk menamatkan siri ini tidak pernah dibincangkan. Setelah Fujiko F. meninggal dunia ada tahun 1996, dan sebelum sebarang penamat ditetapkan, semua penamat siri Doraemon adalah fiksyen yang direka oleh para peminat. Walaubagaimanapun, dari kebanyakkan siri dan movie, dimana Nobita mengembara ke masa depan, dia mendapati dirinya berjaya mengahwini Shizuka dan berpisah dengan Doraemon, walaupun dia sentiasa mengingati Doraemon setiap masa.

*Doraemon pertama kali disiarkan di TV Malaysia pada tahun 1992 dan diedarkan dalam bentuk buku pada tahun 1993.
*Gian (Takeshi Goda) - nama Gian itu berkemungkinan besar berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud Abang Kepada Jaiko. (Jaiko = adik Gian). Ia bukannya dari perkataan Giant seperti yang kita tahu. Penulisnya tidak pernah memutuskannya.
* Autism is classified as a neurodevelopmental disorder that manifests itself in markedly abnormal social interaction, communication ability, patterns of interests, and patterns of behavior


Source: wikipedia.org

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 12:15 PM | Show all posts
Oooo... Sangat informatif! Waktu kecil, ore belajar membaca melalui membaca Doraemon nih... Keja mak bapak ore. Heheh.

Doraemon lebih baik takde penamat, cam Shin-chan, terus menerus sampai bila2...

Tapi ore ingat lagi, dalam Volume terakhir Doraemon, (vol 43 kalau tak silap) cite yg terakhir skali (versi BM) bertajuk "Bintang Kelapa". Episod tu ialah episod palaing panjang dlm cite2 pendek Doraemon yg pernah ore baca dan citenya pun agak berbelit sikit sebab ade penggunaan mesin cahaya masa yg banyak. Kena baca dua tiga kali baru faham...

Ade typo dlm bab tu... ade skali translator tu tereja "kelapa" jadi "kepala" plak. Haha! Tapi tu dah dijangka...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 07:22 PM | Show all posts
aku tak tau pun camne crite die....lost counting la buku die tuh......
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 07:37 AM | Show all posts
hu..dari kecil hingga sekarang aku masi baca komik doraemon ni..tengok gayanya, macam tidak ada penamat cerita ni..nobita dari permulaan hingga sekarang masi juga tiada sebarang perubahan...

dalam byk2 character siri ni, aku paling tidak suka watak nobita...dia ni terlampau mengharap sangat dengan doraemon untuk selesaikan masalah harian dia yang tak pandai2 habis (terutamanya dalam pelajaran ehehehehe)...

siri anime ni, korang suka suara latar doraemon yang mana? yang lembut tu, atau yang kasar? kalo ikutkan suara asal versi jepun, suara doraemon ni agak kasar...entah camna syarikat dubbing mesia ni dapat idea nak tukar suara doraemon ni pigi yang lembut pulak....
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 19-5-2006 09:39 AM | Show all posts
janganle abis...doremon le paling best, katun jepun first aku tgk dlu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2006 11:46 AM | Show all posts
Thanks for this info !!! .. harap!! siri doraemon ni tak der penamat la ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 02:47 PM | Show all posts
what come must go.tp ape ending sebenarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2006 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 19-5-2006 07:37
hu..dari kecil hingga sekarang aku masi baca komik doraemon ni..tengok gayanya, macam tidak ada penamat cerita ni..nobita dari permulaan hingga sekarang masi juga tiada sebarang perubahan...

dal ...



tak silap aku..kat Malaysia ni die gune suare perempuan..anak sape tah aku tak ingat la..tapi orang besar...dah jadi ibu...aku bace kat mastika...anak pelawak kot..hmmm......takingat..takingat...sori......
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by hetrek at 18-5-2006 11:00 AM
Pertama, penamat yang optimistik telah diumumkan oleh Nobua Sato beberapa tahun dahulu. Doraemon telah kehabisan baterinya, dan Nobita telah diberi pilihan samada menggantikan bateri dalam Doraemon, yang boleh menyebabkan Doraemon kehilangan semua ingatannya, atau menunggu juruteknik robotik yang bagus, yang mampu menghidupkan kembali Doraemon suatu hari nanti.

Nobita telah bersumpah sejak hari itu lagi untuk bekerja keras di sekolah, lulus dengan cemerlang dalam pelajaran dan menjadi juruteknik robot yang akan menghidupkan Doraemon. Dia akhirnya berjaya menghidupkan kembali Doraemon pada masa depan dan bekerja sebagai seorang professor dalam bidang robotik dan juga menjadi pencipta "artificial intelligent" (A.I.). Dia hidup senang dan gembira, dan tidak mempunyai masalah kewangan, yang menjadi punca Doraemon dihantar ke zaman silam.


suke penamat camni...:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 12:25 AM | Show all posts
Suara doraemon dulu dan sekarang nie berbeza... East ada beli video doraemon masa kecik dulu... Suara doraemon lagik best dari Doraemon yang disiarkan sekarang kat tv... doraemon sekarang dah ler serak-serak basah, kekadang tu tak paham apa yang cakap >_<
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 01:54 AM | Show all posts
eh..trime kaseh la MetalFire bagi kredit kat aku.....

patut la aku tengok kredit aku tetibe je naik.....................
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 02:48 PM | Show all posts
dah kroje aku membagi kredit.aaku bagi je la.teruskan posting berguna cmnih
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 03:10 PM | Show all posts
trime kaseh..akan ku teruskan...................
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 23-5-2006 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by hetrek at 18-5-2006 11:00 AM
*Gian (Takeshi Goda) - nama Gian itu berkemungkinan besar berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud Abang Kepada Jaiko. (Jaiko = adik Gian). Ia bukannya dari perkataan Giant seperti yang kita tahu. Penulisnya tidak pernah memutuskannya.


Gian adalah nama yang diberikan kepada Goda Takeshi oleh penterjemah inggeris yang menterjemahkan Doraemon ke bahasa inggeris. Sementara penterjemah melayu pula menterjemahkan sebagai Giant.

Dalam bahasa jepun, Giant dieja sebagai jaian (sebut jaiyan).Kebanyakan orang jepun biasa dengan perkataan Giant(gergasi) tetapi mungkin tidak pernah melihat perkataan Gian. Ini adalah kerana Giant adalah salah satu pasukan besbol terkenal di Jepun sementara Gian tidak memberi apa makna dan tidak diperlukan dalam kehidupan seharian.

Emak Goda Takeshi tidak memanggil dirinya sebagai Jaian sebaliknya memanggilnya dengan namanya iaitu Takeshi. Hanya kawan-kawan Jaian yang memanggilnya Jaian. Ini berkemungkinan besar adalah kerana tubuh badannya yang tidak kecil berbanding rakan-rakan yang lain.

Jaian adalah rakan sekelas Nobita, maka tidak hairanlah mereka banyak bergaul dengan Jaian dan bukan dengan Jaiko. Jadi, adalah aneh untuk menamakan Takeshi sebagai "Abang si Jaiko", sedangkan Jaian adalah watak utama yang sering muncul di keliling Nobita. Adalah lebih wajar Jaiko itu dipanggil sebagai "adik si Jaian".

Jaiko dilahirkan selepas Takeshi. Jaiko juga bukanlah namanya yang sebenar. Pengarang tidak memebrikan Jaiko nama sebenar. Ini adalah kerana beliau bimbang bahawa jika ada manusia yang bernama yang sama dengannya, maka akan diejek dengan gelaran Jaiko.

Bagi aku, Jaiko , yang diwujudkan selepas watak Jaian, hanyalah nama rekaan yang direka oleh pengarang untuk menjelaskan lagi hubungannya dengan Jaian dan mewujudkan kesinambungan di dalam penamaan watak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 02:27 PM | Show all posts
ooo camtu ke... Tapi terjemahan Tora Aman kalau tak silap ore nama adik Gian ialah Hana... Betul tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ninjamerah This user has been deleted
Post time 23-5-2006 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by meitantei at 23-5-2006 02:27 PM
ooo camtu ke... Tapi terjemahan Tora Aman kalau tak silap ore nama adik Gian ialah Hana... Betul tak?


entahlah labu.....
untuk makluman:
Jaian (takeshi) dilahirkan pada 1964 (asalnya 1959), sementara Jaiko (nama sebenar dirahsiakan) dilahirkan pada 1966 (asalnya 1961).

ketika melukis, Jaiko menggunakan nama pena Christine Goda.
tak tahulah apa yang Tora Aman terjemahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by meitantei at 18-5-2006 12:15 PM
Oooo... Sangat informatif! Waktu kecil, ore belajar membaca melalui membaca Doraemon nih...


Aaa.. sama la aku.. aku masa kecik2 dulu aku belajar baca semua jasa doraemon.. XD

kalau aku , aku pilih ending pertama.. citer dier at least ada point sket why this happen.. cam kenapa doraemon dihantar balik ke zaman silam ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 10:34 PM | Show all posts
knape ye tora aman ngan comic house lamabt kuar komik skarang nih?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 12:42 AM | Show all posts
mm..kalo bley nak ngop ghak cmnr episod akhir tu..:ketuk:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.101201 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list