CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu beg sekolah berat jadi bualan bermusim - Fadhlina

[Copy link]
Post time 17-7-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Isu beg sekolah berat jadi bualan bermusim - Fadhlina


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 17, 2023 @ 3:53pm [email protected]




Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bertemu murid-murid yang menggunakan SnET 2.0 bagi mengurangkan masalah beg sekolah berat menyimpan buku teks secara selamat ketika mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai di Bayan Baru di sini, hari ini. Turut bersama Guru Besar SK Seri Permai, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail. NSTP/Mikail Ong




BAYAN LEPAS: Kementerian Pendidikan (KPM) memuji inisiatif Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai menghasilkan inovasi bagi menyelesaikan isu beg sekolah berat yang dihadapi murid sekolah di negara ini, sejak sekian lama.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata lebih membanggakan, inisiatif menggunakan meja asal dibekalkan kerajaan yang diubah suai itu melayakkan sekolah berkenaan dinobat 10 sekolah terbaik menerusi Anugerah World Best School Prizes (WBSP) 2023 bagi kategori inovasi.

"Isu yang telah diangkat dalam inovasi ini sebenarnya sering menjadi bualan dalam musim tertentu dan (masalah) beg sekolah beg berat ini bukan (dibangkitkan) setiap musim.

"Sebab itu saya fikir keadaan ini penting apabila inovasi berkenaan wujud, ia berikan kita peluang untuk melihat dengan lebih jauh," katanya ketika melawat SK Seri Permai di sini, hari ini.

Inovasi meja dan ruang simpanan buku dikenali sebagai Smart and Easy Table (SnET) 2.0 diilhamkan sendiri oleh Guru Besar SK Seri Permai, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail.

Meja pintar dilengkapi laci dan rak mini berkunci itu sudah digunakan sejak 2020 secara berperingkat dan berjaya menangani isu beg berat dari tujuh hingga 10 kilogram (kg) kepada kira-kira 2.5 kg.

Fadhlina berkata, guru besar sekolah turut membawa prototaip inovasi berkenaan untuk ditunjukkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah, baru-baru ini, dan ia membuktikan negara mampu menghasilkan idea bertaraf dunia menggunakan acuan sendiri.

"Apabila kita melihat prototaip, memang itulah meja yang digunakan anak-anak kita dan itulah meja sekolah di Malaysia.

"Jadi apabila inovasi berlaku dalam acuan kita sendiri yang kita lihat hari-hari, inilah yang dinamakan inovasi bertaraf dunia dalam acuan dan budaya kita.

"Pastinya inovasi sebegini akan terus diangkat KPM dan kita akan bincang bagaimana untuk berkongsi dalam konteks sekolah-sekolah," katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan RM150,000 sebagai galakan untuk SK Seri Permai menjadi inspirasi dalam mencetuskan idea dan ciptaan yang bermanfaat dalam pembangunan murid dan akademik di sekolah berkenaan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.170299 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list