CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

Tze Liang gagal ke pusingan akhir

[Copy link]
Post time 20-7-2023 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Tze Liang gagal ke pusingan akhir


OOI Tze Liang. FOTO NSTP


Kuala Lumpur: Tuah masih tidak menyebelahi skuad terjun Malaysia pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun apabila hari ini penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang pula gagal mara ke pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal lelaki.

Menurut laman sesawang kejohanan worldaquatics.com, pemenang pingat emas acara itu di Sukan Komanwel Glasgow 2014 yang beraksi di pusingan separuh akhir hari ini menamatkan saingan di kedudukan ke-14 dengan kutipan mata 402.40.

Penerjun China, Wang Zongyuan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berada di kedudukan teratas di pusingan terbabit dengan pungutan 546.25 mata diikuti rakan sepasukan, Long Daoyi (495.80) dan penerjun United Kingdom (UK), Daniel Goodfellow (477.20) masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.

Skuad negara kini bergantung harap kepada penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri yang akan memulakan saingannya esok untuk berentap dalam acara 3m papan anjal wanita selain Ng Yan Yee turut tampil dalam acara sama.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... l-ke-pusingan-akhir

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.650701 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list