CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4369|Reply: 125

[Tempatan] Sanusi klaim berketerunan panglima besar Siam pulak dah wey...LOL

[Copy link]
Post time 22-7-2023 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 13-8-2024 11:14 PM

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tidak gentar untuk menghadapi cabaran dan serangan kerana beliau daripada keturuan panglima.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau adalah daripada keturunan Panglima Ibrahim Mekong yang telah berjuang dan membangunkan keupayaan sara diri menerusi kegiatan pertanian dengan gigih dan tekun.

“Kami ni keturunan Panglima Ibrahim Mekong. Saya generasi yang ketujuh. Mak saya generasi yang ke enam. (Almarhum) Tok Guru Haji Salleh (Musa) apa semua ni adik-beradik mak sayalah,” katanya memetik laporan Harakahdaily.

Sanusi berkata demikian pada majlis Munajat Perdana Mohon Keamanan dan Menentang Kezaliman di Dewan Al-Hana di Sik, malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri ibunya, Meriam Ahmad.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, Ibrahim Mekong adalah panglima besar berasal dari Thailand dan memeluk Islam yang mana peperangan telah menyebabkan keturunannya sampai ke daerah Sik.

Katanya, salasilah keturunan memenuhi Utara Perak sampai ke Selama di mana ramai Panglima masa lalu di Larut dan Penghulu-penghulu besar juga daripada waris Ibrahim Mekong.

Sanusi yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Terbaharu, Sanusi memaklumkan telah menghantar surat tuntutan terhadap Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ia berikutan Setiausaha Agung PKR itu menuduh beliau mencuri unsur nadir bumi (REE) di Sik dan menyalahgunakan wang peruntukan MARRIS. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2023 11:47 PM | Show all posts
panglima yang kena hempuk2 mati dek siam sampai keturunan jadi pelarian ke semenanjung ke panglima yang mana?

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekat narcissistic behaviour org tua ni. Ego angkuh nak mampus. No wonder followers pun sama naik puaka. Childish
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib pun penah klaim dia keturunan Bugis bangsawan ka apatah.... ujung² order McD dari dalam cell jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh .panglima je ponnnn..bukan bomoh siam
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorrrrr awat mcm.perangai budak2....claim keturunan..teringat sekor forumer gemok 100kg tu pun claim dia keturunan perut hijau ke cane...konon keturunan siam...mai dari kedah gak tu...awat la...haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-7-2023 10:19 AM
Eleh .panglima je ponnnn..bukan bomoh siam

Serius geli geleman tgk yg suka claim keturunan hebat2 ni.....ingat org ternganga kagum ke cane...

Lain la ko tu alien hiris x lut...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 22-7-2023 10:22 AM
Serius geli geleman tgk yg suka claim keturunan hebat2 ni.....ingat org ternganga kagum ke cane... ...

Nak cerita pasal performance kerajaan negeri under dia, mmg tiada. Last2 body shaming lawan. Gigi x sebaris, tak cukup inci etc. Mcm la dia tu perfect. Bila cara tu x jalan, mengaku keturunan panglima pula. Tak mustahil lepas ni dia claim dia keturunan Thor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:35 AM | Show all posts
lawan!
lawan!
lawan!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Menangis tok moyang panglima dia nengok cucu obese.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 22-7-2023 10:22 AM
Serius geli geleman tgk yg suka claim keturunan hebat2 ni.....ingat org ternganga kagum ke cane... ...

Penyokong dia je akan kagum. Dari sekolah suka membuli sampai ke tua buat perangai sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:49 AM | Show all posts
hari2 ratib Nussi Nussi Nussi
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 10:56 AM | Show all posts
ah iyelah..apa2 je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dijempot ke LIMA kemain lagik hang meroyan.. panglima?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-7-2023 10:19 AM
Eleh .panglima je ponnnn..bukan bomoh siam

Ha .ha....kau ni....

Bomoh siam lg hebat kannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 22-7-2023 10:38 AM
Menangis tok moyang panglima dia nengok cucu obese.

Ekceli, memalukan tok unyang dia jugak sebab ada waris jenih gini.

Analogi menghumblebrag:
"Aku ni anak tok imam yg terpaling di seluruh kelurahan desa ini.".... sambil main dam aji dari pagi sampai petang warung tepi jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 22-7-2023 11:21 AM
Ekceli, memalukan tok unyang dia jugak sebab ada waris jenih gini.

Analogi menghumblebrag:

Entahnya mengaku susur galur bagus2 tok guru lah gitu gini last2 kuat mentipu.  Mengaku warganegara yg baik tapi bila polis panggil buat statement tak mau dtg. Lepas tu menganjing sprm boleh dtg anytome (25 hours 8 days a week).  Polis minta dtg balai baru 2340 hours dah tak mau sebab nak membuta.  Ingat lagi dia buat statement nak belikan telefon baru kepada org yg ambil gambar dia kat showroom keta tu konon gambar tu bukan dia sebab telefon buruk.  Last2 memang dia tak ke teruk perangai.  Dan lagi dan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 12:04 PM | Show all posts
Samerosie replied at 22-7-2023 11:30 AM
Entahnya mengaku susur galur bagus2 tok guru lah gitu gini last2 kuat mentipu.  Mengaku warganegar ...

Entahlah.
Nak nganjeng SPRM, tapi lupa ayat tu u-turn kat dia.






Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 22-7-2023 12:04 PM
Entahlah.
Nak nganjeng SPRM, tapi lupa ayat tu u-turn kat dia.

Actually, most his statements terang2 u-turn kat dia balik tapi penyokong2 tegar dlm forum ni boleh kagum.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanusi's go to script when he's at dead end......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 12:52 PM | Show all posts
Edited by Innrukia at 22-7-2023 12:54 PM
ChildrenOfBodom replied at 22-7-2023 10:49 AM
hari2 ratib Nussi Nussi Nussi

gigih yg bukan org kedah duk jaja sanusi tak buat apa.siap hina keturunan kwn tu. madanon dgn papanonic sentiasa terpaling.
jijik betoi la perangai.

lupa nk suluh cermin tgk pmx depa bt apa  8 bulan ni?
tunjuk bodoh merata & sembur ayaq liuq membohong

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.079475 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list