CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gelagat Nur Khayra Sofea cuit hati warganet

[Copy link]
Post time 22-7-2023 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Gelagat Nur Khayra Sofea cuit hati warganet


Redzuan Muharam
[email protected]



Tangkap layar video gelagai si comel, Nur Khayra Sofea yang tular hingga meraih 3.1 juta tontonan. FOTO IHSAN NUR LIYANA SHAFIQA NORHISAN




Batu Kawan: Baru sebulan dilahirkan, Nur Khayra Sofea sudah jadi bayi popular di laman sosial.

Ia selepas video dimuat naik ibunya, Nur Liyana Shafiqa Norhisan, 24, di TikTok , tular hingga meraih 3.1 juta tontonan dalam tempoh lima hari.

Video itu mendapat perhatian warganet yang teruja melihat gelagat Nur Khayra Sofea mengangkat kaki ke atas ketika berbaring.

Berkongsi kisah itu, Nur Liyana Shafiqa berkata, gambar berkenaan diambil ketika Nur Khayra Sofea ditempatkan di dalam wad kanak-kanak.

"Nur Khayra Sofea adalah anak sulung dan dilahirkan pra matang pada 21 Jun lalu.

"Ikutkan, anak saya patut dilahirkan pada 27 Julai namun lahir lebih awal dan ditahan dulu di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sebelum dipindahkan ke wad kanak-kanak.

"Sebagai kenangan, saya ambil gambar dan videonya (anak) kemudian muat naik di laman sosial namun ramai menyangka ia dirakam selepas bayi saya dilahirkan.

"Hakikatnya, gambar itu diambil selepas anak mandi dan berada di wad lebih 10 hari," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nur Liyana Shafiqa, tujuannya berkongsi di laman sosial adalah untuk disimpan sebagai kenangan saja.

"Selepas rakam gambar dan ambil video, saya muat naik di TikTok.

"Tak sangka pula boleh tular sampai suami (Khairul Hafizzy Azman, 27) pun terkejut.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ramai mendoakan bayi saya dan diharap doa yang baik berbalik kepada mereka juga (yang mendoakan)," katanya.



Disiarkan pada: Julai 22, 2023 @ 8:08pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048682 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list