CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 0

Dulu sekadar hobi - ternakan arnab

[Copy link]
Post time 25-7-2023 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Dulu sekadar hobi...



AFANDI akan membesarkan projek ternakan arnab pedaging yang diusahakan sejak 2013. FOTO Mohd Rafi Mamat


Maran: Sambutan menggalakkan pelanggan terhadap daging arnab mendorong seorang lelaki yang pernah mengusahakan perniagaan cendol menternak haiwan berkenaan secara komersial di Kampung Bukit Lada, Chenor, dekat sini.

Bermula sebagai hobi dengan memiliki enam ekor arnab, Afandi Wok Samah, 58, pernah mempunyai lebih 300 haiwan berkenaan jenis pedaging dan hiasan sepanjang tempoh 10 tahun.

Afandi berkata, sifat arnab yang cepat membiak dan tidak mudah dijangkiti penyakit menjadi kelebihan untuk dia terus berjaya mengusahakan projek berkenaan dengan bantuan agensi kerajaan.

Menurutnya, sebelum ini permintaan daging arnab sentiasa bertambah sehingga dia tidak dapat memenuhi permintaan namun pasaran kembali perlahan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Saya mempunyai lebih 20 pelanggan tetap sebelum ini yang memerlukan yang memerlukan daging arnab antara 20 hingga 50 kilogram (kg) sebulan.

"Selepas PKP saya mampu menjual kira-kira 30kg sebulan sahaja, tetapi kini permintaan mula bertambah dan saya yakin peningkatan jualan," katanya.

Afandi berkata, dia kini mempunyai lebih 100 arnab pedaging induk yang ditempatkan di dua bangunan dan sedang berusaha menambah bilangannya kerana permintaan mula meningkat.

Katanya, selain menjual daging segar, dia juga membekalkan baka atau anak arnab berusia dua bulan pada harga antara RM50 hingga RM100 seekor.

"Selain permintaan daging arnab semakin bertambah, harga makanan haiwan berkenaan yang mula turun menambahkan lagi semangat saya untuk membesarkan lagi projek ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 9/dulu-sekadar-hobi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.071696 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list