CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

Tekad Azeem benam Yanagita di China

[Copy link]
Post time 25-7-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode

AZEEM bertekad memastikan situasi berubah dengan menaiki podium mengatasi Yanagita serta Puripol pada Sukan Asia Hangzhou, China September nanti.

BINTANG olahraga negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi mahu menebus kekalahannya kepada raja pecut Asia dari Jepun, Hiroki Yanagita apabila turun pada Sukan Asia Hangzhou di China pada September depan.

Azeem, 19, menamatkan aksi final 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand minggu lalu pada kedudukan kelima dan terpaksa menyaksikan Yanagita, 19, muncul juara dengan catatan masa 10.02 saat (s).

Ia adalah kali pertama pemegang rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.09s itu menamatkan saingan di belakang Yanagita selepas pernah menewaskannya pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun lalu.

Bagaimanapun, bintang Universiti Auburn itu tidak panik, sebaliknya bertekad memastikan situasi berubah dan menaiki podium mengatasi Yanagita serta seorang lagi bintang muda Asia dari Thailand, Puripol Boonson.

“Salah satu perkara yang saya sudah jangka berlaku di Bangkok kecuali Puripol tak berlari (100m) ketika itu. Kami bertiga pernah berlumba pada Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu.

“Kami dapat tempat keempat (Puripol), lima (Azeem) dan enam (Yanagita), jadi saya jangka kami akan bertemu lagi pada Sukan Asia nanti. Cumanya kali ini saya akan pastikan kedudukan itu berubah,” katanya.

Atlet dari Teluk Intan, Perak itu dijangka berdepan cabaran sukar di Hangzhou nanti kerana Yanagita baru sahaja membantu kuartet 4x100m Jepun merekodkan catatan terbaik dunia bagi tahun ini.

Yanagita bersama Ryuichiro Sakai, Yuki Koike dan Koki ­Ueyama merakam masa 37.80s ketika menjuarai siri Liga Berlian London menewaskan dua kuartet Britain di Stadium ­London awal pagi semalam.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -yanagita-di-china/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.172277 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list