CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Pulau Pinang] DUN Bayan Lepas masih kosong, tapi nama Dominic Lau tidak diumum

[Copy link]
Post time 27-7-2023 09:27 AM | Show all posts |Read mode
DUN Bayan Lepas masih kosong, tapi nama Dominic Lau tidak diumum


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



CALON-calon Perikatan Nasional (PN) bergambar bersama pada Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Negeri Pulau Pinang malam ini. FOTO Bernama




Kepala Batas: Timbalan Pesuruhjaya Pas III Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah kekal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain itu, penyandang DUN Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Zulkifli Ibrahim (DUN Sungai Acheh) turut diumumkan untuk merebut kembali kerusi dimenangi mereka yang diisytiharkan kosong selepas tindakan melompat parti.

Pengumuman itu dibuat Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Pulau Pinang di Markas PAS Pongsu Seribu, di sini, malam ini.

Ronald mengumumkan bahawa Pas termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan bertanding 10 kerusi, Bersatu termasuk Bersekutu (11 kerusi) dan Gerakan 19 kerusi.

Bagaimanapun, nama Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai yang disenaraikan untuk bertanding bagi DUN Bayan Lepas tidak diumumkan sehingga ia menjadi tanda tanya segelintir penyokong yang hadir.

Dalam majlis itu, Ronald mengumumkan satu-satunya calon wanita yang akan bertanding bagi DUN Datuk Keramat iaitu Sekretariat Gerakan Heng See Lin.

Bagi DUN Pinang Tunggal akan ditandingi Bukhori Ghazali (PAS); DUN Permatang Berangan Mohd Sobri Saleh (PAS); Sungai Dua Muhammad Fauzi Yusoff (PAS); Telok Ayer Tawar Azmi Alang (Bersatu); Sungai Puyu Teo Chin Siang (DHPP); Bagan Jermal Ong Chuan Jin (Bersekutu); Bagan Dalam K Jayaraman (DHPP) dan Seberang Jaya Izhar Shah Arif Shah (Bersatu).

Untuk kerusi Permatang Pasir akan ditandingi Amir Hamzah Abdul Hashim (PAS); Penanti Zulkefli Bakar (Bersatu); Berapit Lee Kok Keong (Gerakan); Machang Bubuk Tan Hum Wei (Gerakan); Padang Lalang D Suresh (Bersekutu): Perai R Sivasuntaram (Gerakan), Bukit Tengah Baljit Singh Jigiri Singh (Gerakan); Bukit Tambun Tan Gia Wei (Gerakan); Jawi Koh Tien Yew (DHPP) dan Sungai Bakap Nor Zamri Latiff (Pas )

DUN Tanjung Bunga pula ditandingi Hng Chee Wey (Gerakan); Air Putih Kong Cheng Ann (Gerakan); Kebun Bunga Tan Zhen Zune (Gerakan); Pulau Tikus Tang Ching Sern (Gerakan); Padang Kota H'ng Khoon Leng (Gerakan); Pengkalan Kota : S Suthakaran (Gerakan) Komtar Cheah Kim Huat (Bersekutu) dan Sungai Pinang Ng Fook On (Gerakan).

Dalam pada itu, DUN Batu Lanchang ditandingi Mohd Aswaad Jaafar (Gerakan); Seri Delima A Mohan (Bersekutu); Air Itam Cheang Chee Gooi (Gerakan); Paya Terubong Andrew Ooi Ghee Oon (Gerakan); Batu Uban Mok Kok Onn (Gerakan); Pantai Jerejak Oh Tong Keong (Gerakan); Batu Maung Azahari Aris (Bersatu); Pulau Betong Mohd Shukor Zakariah (Bersatu) dan Telok Bahang Muhammad Kassim (Bersatu).

Ia menunjukkan lebih separuh muka baharu dikemukakan PN bagi menentang gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN kali ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas negeri yang bertanding bagi kerusi DUN Sungai Dua, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pengumuman bagi kerusi DUN Bayan Lepas akan diumumkan esok oleh kepimpinan majlis tertinggi.

"Ala biasalah. Semua parti ada (percanggahan pendapat). Kita mengambil tanggungjawab sebagai pimpinan untuk mententeramkan kita punya pengikut.

"Sebab itu, PN Pusat mengambil tanggungjawab untuk mengumumkan esok hari. Maka, kami di sini (Pulau Pinang), tak mau bagi, 'special' (istimewa) juga lah. Entah-entah dia (keputusan) berubah," katanya.



Disiarkan pada: Julai 27, 2023 @ 12:54am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069870 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list