CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Perlis] Gelombang Hijau PN menular ke Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan - MB Perlis

[Copy link]
Post time 27-7-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Gelombang Hijau PN menular ke Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan - MB Perlis


Oleh Aizat Sharif - Julai 27, 2023 @ 3:09pm bhnews@bh.com.my




Mohd Shukri (kiri) selepas merasmikan Majlis Fasiliti Pelancongan FRIM di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) di Hutan Simpan Mata Ayer, Titi Tinggi, Padang Besar. NSTP/AIZAT SHARIF




PADANG BESAR: 'Gelombang Hijau' Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang tidak pernah mengendur, sebaliknya momentumnya dilihat semakin meningkat setiap hari.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata gelombang berkenaan bukan saja dirasai di Pulau Pinang, malah turut menular hingga ke negeri bukan pentadbiran PN yang turut menghadapi PRN pada 12 Ogos ini seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

"Saya hadir majlis pengumuman calon PN di Kedah semalam dan pada masa sama juga, saya turut melihat secara 'live' menerusi media sosial di mana gelombang PN ini turut meningkat di Selangor serta Negeri Sembilan.

"Jadi, ia (gelombang PN) itu masih belum menurun, malah semakin meningkat dan saya yakin berdasarkan apa yang dilihat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah semalam, sokongannya semakin memberangsangkan," katanya selepas Majlis Perasmian Fasiliti Pelancongan FRIM di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) di Hutan Simpan Mata Ayer, Titi Tinggi, di sini, hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chan Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sebelum ini mendakwa gelombang PN yang digembar-gembur di Pulau Mutiara oleh banyak pihak dalam PRN ini sebenarnya sudah mengendur.

Malah, pihaknya yakin gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan lebih dua pertiga dalam PRN Pulau Pinang bulan depan.

Mohd Shukri berkata, sokongan kepada PN itu dizahirkan apabila berlaku pergolakan dalaman parti gabungan PH iaitu DAP apabila beberapa penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat tidak berpuas hati selepas nama mereka digugurkan daripada bertanding PRN kali ini.

"Saya lihat PN ada kelebihan di Pulau Pinang kerana momentum pengundi di kawasan Melayu semakin tinggi, mungkin ia susulan pergolakan dalaman DAP akibat ketidakpuasan hati beberapa calon yang digugurkan.

"Perkembangan ini juga dilihat mampu memberi kelebihan kepada PN, setidak-tidaknya merampas beberapa kerusi yang dilihat sukar untuk ditembusi calon PN sebelum ini, malah berdasarkan luahan yang dilontarkan masyarakat Cina kepada saya, mereka juga semakin mula menyokong perjuangan PN," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PN Perlis dan Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, momentum ini juga dapat diteruskan di Negeri Sembilan dan Selangor.

"PN Negeri Sembilan juga mampu memberi kejutan seperti di Perlis tatkala tidak banyak perhatian diberikan kepada negeri berkenaan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.059727 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list