CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 756|Reply: 2

Kerajaan akan benarkan pemaju perumahan pakejkan harga panel solar bumbung

[Copy link]
Post time 28-7-2023 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan akan benarkan pemaju perumahan pakejkan harga panel solar bumbung





KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan membenarkan lebih banyak projek perumahan bandar bersepadu berskala besar untuk mempakejkan pemasangan panel solar atas bumbung dalam keseluruhan penetapan harga masing-masing, demikian kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ia bagi menggalakkan lagi pemasangan panel solar di atas bumbung kediaman secara komersial tanpa pembiayaan kerajaan.

Lagipun, katanya, pembeli hartanah berharga sederhana dan mewah mahukan pemasangan panel dolar di kediaman mereka.

Jelasnya, pada masa ini, kerajaan bekerjasama dengan Sime Darby Property bagi tujuan itu dan diharap lebih banyak projek perumahan bersepadu berskala besar akan melaksanakannya juga.

"Apa yang kami ingin fokuskan pada bahagian awal ini adalah untuk membenarkan lebih banyak pembangunan bandar berskala besar bersepadu untuk memasukkan solar dalam keseluruhan pakej harga mereka. Ini akan membolehkan mereka melihat penyelesaian penyimpanan tenaga.

"Itulah sebahagian daripada sebab mengapa kami ingin melakukan ini adalah kerana kami juga ingin mempercepatkan teknologi dan aplikasi untuk penyimpanan bateri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa Pertama di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mengenai pemasangan panel solar di atas bumbung secara individu yang lebih aktif, Rafizi berkata, keadaan itu akan berlaku apabila agregator pasaran tunggal mula beroperasi.

Beliau berkata, sebaik saja ia beroperasi, maka secara semula jadi ia akan mempercepatkan lebih banyak pasaran runcit bebas.


SumbeR:https://www.bharian.com.my/bisne ... n-harga-panel-solar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 07:55 PM | Show all posts
ini adalah satu berita baik, suatu terobosan energy  hemat cerdas dalam pakej perumahan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:39 PM | Show all posts
for me, tak pakai solar, ada nampak orang mengeluh sebab cuaca mendung. jadi lain tempat lain ye kesan cahaya matahari pada solar panel.kalau bil elektrik bawah rm 2 ribu bagi kaka baik bayar tnb, kalau lebih boleh cuba solar

solar biasa ada battery untuk simpan elektrik guna waktu malam, jadi semua tu perlu regular maintanance and kos andai bateri or inverter rosak.

kedua kenapa nak galakkan rakyat berhutang untuk solar? instead isu solar baik bantu rakyat isu developer gulung tikar lepas tu rakyat kena bayar loan monthly walau rumah xsiap.

baik regulate siap rumah baru jual. kalau tak kasihan nasib orang buat loan .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.217222 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list