CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 756|Reply: 2

Ekuinas sedia RM20 juta bagi program Iltizam

[Copy link]
Post time 28-7-2023 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Ekuinas sedia RM20 juta bagi program Iltizam




KUALA LUMPUR: Ekuinas Nasional Bhd memperuntukkan RM20 juta kepada ILTIZAM, cabang tanggungjawab sosial korporatnya, untuk melaksanakan program sejajar dengan misi perniagaan teras dengan tiga tonggak utama iaitu pendidikan, keusahawanan dan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata Ekuinas memperuntukkan RM1 juta untuk program masyarakat, RM6.4 juta untuk keusahawanan dan RM12.6 juta untuk pendidikan.

"Keusahawanan telah menjadi tonggak utama ILTIZAM sejak mula ditubuhkan, dan program kami dibentuk untuk membantu perusahaan daripada pelbagai saiz dan industri untuk merangka laluan pertumbuhan mampan dan berkembang maju meskipun persekitaran perniagaan mencabar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil untuk program ILTIZAM Catalyst 2022 di sini, pada Khamis.

Program ILTIZAM Catalyst dilancarkan pada 2022 adalah satu usaha bimbingan keusahawanan yang bertujuan menyediakan pengetahuan, alat dan bimbingan pakar industri yang penting untuk menyokong pembangunan dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera.

Beliau berkata ILTIZAM Catalyst bukan mengenai bantuan kewangan kepada usahawan sebaliknya lebih kepada untuk memberi kemahiran tambahan dan menyediakan pengetahuan lain berkaitan dengan perniagaan, termasuk kepimpinan, pematuhan kewangan, penjenamaan serta pemasaran digital di samping penerimagunaan digital dan teknologi.

"Kami menetapkan beberapa petunjuk prestasi utama (KPI) untuk program itu, dan kebanyakan PKS telah mencapai KPI berkaitan modul ini.

"KPI ini termasuk pengembangan jualan, pengurangan kos, penambahbaikan kecekapan, dan merapatkan jurang perniagaan dan kepimpinan utama untuk memacu kemajuan PKS dan menjadi penanda aras bagi kemungkinan pertumbuhan masa hadapan selain memberi mereka peluang untuk membina rangkaian dan belajar daripada Ekuinas, perunding dan PKS lain yang mengambil bahagian," katanya.

Sementara itu, Pengarah Ekuinas dan Pengerusi Jawatankuasa CSR, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata ILTIZAM Catalyst berperanan sebagai platform memperkasakan untuk membolehkan PKS mengharungifasa pertumbuhan mereka seterusnya dengan menggunakan pendekatan holistik dalam menangani halangan dan memanfaatkan peluang baharu.

"Memandangkan Malaysia terus membangunkan ekonomi digital, adalah amat penting agar PKS bersifat inovatif, tangkas dan bersedia untuk menangani permintaan yang berkembang supaya terus berada di hadapan aliran semasa dalam era yang amat digital hari ini," katanya.

Abdul Mutalib berkata ILTIZAM Catalyst 2022 telah menerima banyak permohonan, dan daripada 113 pemohon yang disenarai pendek, 21 PKS bumiputera telah dipilih untuk menyertai program ini.

Beliau berkata PKS ini telah memenuhi kriteria kelayakan khusus, antaranya perniagaan dengan pendapatan di antara RM300,000 dengan RM1 juta.

"Mereka menjalani tiga hingga enam bulan latihan praktikal dan bantuan yang diketuai oleh pakar industri," katanya.

Syed Yasir Arafat berkata program ILTIZAM Catalyst bagi 2023 telah dibuka untuk permohonan sehingga 12 Ogos ini.

"Ekuinas memperuntukkan RM1.3 juta untuk program itu pada 2022 dan menambah peruntukan kepada RM1.9 juta tahun ini dan menyasarkan 30 PKS menyertai program 2023," katanya.

– Bernama

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... agi-program-iltizam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 07:57 PM | Show all posts
kemajuan  ILTIZAM  akan bermula dari program yang luar biasa ini. semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:09 PM | Show all posts
anglingdharma replied at 31-7-2023 07:57 PM
kemajuan  ILTIZAM  akan bermula dari program yang luar biasa ini. semoga berjaya

ini adalah sutu peluang terbaik untuk memajukan industri pelaburan Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063655 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list