CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1216|Reply: 2

NETR garis 10 inisiatif buka potensi pelaburan hingga RM1.85 trilion menjelang 2050

[Copy link]
Post time 28-7-2023 07:32 AM | Show all posts |Read mode
NETR garis 10 inisiatif buka potensi pelaburan hingga RM1.85 trilion menjelang 2050


Gambar fail. Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli. - NSTP/MIKAIL ONG


KUALA LUMPUR: Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa Pertama yang dilancarkan hari ini memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin meluas yang akan membuka peluang pelaburan antara RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, NETR akan membantu mengubah ekonomi negara dengan membuka usaha sama menguntungkan yang juga baik untuk alam sekitar dan ekonomi.

Beliau berkata, pelancaran NETR juga menandakan perubahan penting dalam pemikiran dan ia bukan saja dokumen yang mengandungi langkah sementara untuk memenuhi sasaran sifar bersih negara, tetapi ia adalah gabungan

strategi dan inisiatif yang boleh mengubah ekonomi, mata pencarian dan kedudukan negara di dunia.

Katanya, 10 inisiatif pemangkin itu juga akan menentukan pemikiran dasar dan hala tuju ekonomi dalam tahun akan datang.

"Salah satu projek ialah Zon Tenaga Boleh Baharu (TBB) bersepadu yang akan dipacu Khazanah Nasional Bhd dan dijalankan melalui usaha sama antara UEM dan ITRAMAS. Dengan satu gigawatt (GW), loji jana kuasa fotovoltaik solar hibrid (PV) itu adalah yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

"Skala cita-cita kita telah menarik pelaburan global berprofil tinggi daripada blok ekonomi utama berjumlah RM6 bilion," katanya pada pelancaran NETR Fasa Pertama sempena Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia Bhd bersama Maybank dan CLSA di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, NETR juga membuka pintu masuk hidrogen di Sarawak semasa ia melaksanakan projek untuk muncul sebagai hab hidrogen di negara ini, dan melaksanakan rangka kerja penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) supaya projek pemangkin boleh dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memanfaatkan kos teknologi yang semakin berkurangan dalam TBB

dan membina kelebihan penggerak pertama semasa menggerakkan pelaburan ke dalam kawasan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi itu.

Katanya, dengan peningkatan pelaburan yang dirangsang oleh NETR, lebih banyak pekerjaan berpendapatan dan bernilai tinggi juga akan diwujudkan.

"Fasa pertama NETR saja dianggarkan membawa kira-kira 23,000 pekerjaan berimpak tinggi. Ini bermakna lebih banyak keluarga mampu mendapatkan kehidupan yang lebih selesa dan terjamin, memberikan pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak mereka dan menjaga ibu bapa mereka dengan lebih baik.

"Ibu bapa yang bekerja dalam pekerjaan tenaga bersih juga akan berasa lebih puas pada pekerjaan yang memberi kesan yang melindungi masa depan anak-anak kita. Ini bukan sekadar rancangan, ia juga adalah dasar yang berjalan," katanya.

Rafizi berkata, NETR juga direka untuk menjadikan tenaga bersih pilihan yang relevan dari segi kewangan kepada kebanyakan isi rumah.

Beliau berkata, daripada meminta setiap isi rumah membayar untuk panel solar yang mahal, sebaliknya menawarkan peluang pendapatan.

"Dalam setiap rumah, kami berhasrat untuk memberi pilihan isi rumah untuk memajak bumbung mereka sebagai

pulangan untuk pendapatan bulanan yang boleh mengurangkan bil elektrik mereka dan meletakkan lebih wang tunai di dalam poket mereka," katanya.

Rafizi berkata, kerajaan juga menerajui perkara itu dengan memperuntukkan RM80 juta untuk panel solar dipasang di atas bumbung bangunan kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan juga mahu melihat panel solar dipasang di seluruh negara, meliputi pejabat, kilang, dewan pelbagai guna dan semua jenis bangunan.

"Bagi meningkatkan lagi kesedaran ini, rakyat Malaysia juga boleh menyumbang minyak masak yang digunakan dan bahan buangan sebagai bahan mentah untuk biojisim dan biofuel.

"NETR juga akan dirasai di jalan raya. (Sebanyak) 10,000 stesen mengecas akan dipasang di sepanjang lebuh raya dan bangunan komersial menjelang 2025, dan pengangkutan awam batu juga akan dibekalkan elektrik," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... ingga-rm185-trilion

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2023 07:41 AM | Show all posts
Kisah Dongeng PH, Najib dah turun dekat 5 tahun...harga apa barang belum turun, malah naik MENCANAK!!!

“Najib dah turun lebih 5 tahun, harga barang dah turun belum?”- Najib Sindir Rafizi?



Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ada memuat naik satu video yang telah menarik perhatian netizen di Twitter.


Dalam masa sehari, video tersebut tular dan telah meraih lebih hampir 2,000 jumlah retweets. Video tersebut merupakan satu video lama daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu perhimpunan.

Ia menjadi perhatian daripada netizen adalah kerana kata-kata daripada Rafizi Ramli yang meminta orang ramai untuk menjatuhkan Najib jika harga tidak turun sebelum menyandang jawatan itu dan kapsyen yang diberikan oleh Najib…


Najib dah turun lebih 5 tahun, harga barang dah turun belum? Tanya je.”







Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang dilihat memberi respon bahawa harga barang memang turun bahkan ada juga yang menyarankan agar Najib tidak terlalu lantang ketika menjalani hukuman penjara.

Namun begitu, ada juga yang terhibur apabila membaca kata-kata sindiran Najib ini.







Ketepikan sentimen politik, tapi Bossku ni boleh tahan lawak ek?





Sumber:https://lobakmerah.com/najib-dah ... ajib-sindir-rafizi/




Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:15 PM | Show all posts
prospek pelaburan yang baik adalah jika punya histori peningkatan present value dan future value yang stabil dan kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.123811 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list