CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4909|Reply: 122

[Tempatan] Rentas lautan demi halalkan kekasih! Anak Kelantan travel solo nikah gadis Indonesia

  [Copy link]
Post time 29-7-2023 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki ini sanggup ke Indonesia tanpa ditemani sesiapa untuk menikahi gadis pilihan hati.

Rentas lautan demi halalkan kekasih! Anak Kelantan travel solo nikah gadis Indonesia - “Awak datang seorang, kami sambut berlapang dada”
Sabtu, 29 Julai 2023 11:00 AM

DEMI menyatukan ikatan cinta, seorang lelaki sanggup merentas lautan ke Indonesia untuk berkahwin dengan gadis pilihan hatinya.

Lebih mengagumkan, lelaki tempatan kelahiran Manek Urai, sebuah pekan kecil di Kuala Krai, Kelantan ini hadir ke majlis pernikahannya di negara jiran secara sendirian tanpa keluarga.

Menerusi perkongsian di TikTok pengantin perempuan, yinah_noy dapat dilihat kedatangan suaminya, Are Mer Mohamad yang berusia 25 tahun ini disambut baik ahli keluarganya di kampung.


Lelaki ini sanggup ke Indonesia untuk berkahwin dengan gadis pilihan hati.

"Terima kasih sanggup datang dari Malaysia ke Indonesia sebab nak halalkan saya.

"Allah permudahkan segala urusan kita dari A sampai Z," katanya yang mengadakan majlis kahwin di Madura, Indonesia.

Seperti mana dapat dilihat dalam video dikongsi, majlis pernikahan berlangsung sedehana dengan dihadiri ahli keluarga dan penduduk kampung pengantin perempuan.

Menerusi foto yang dikongsikan oleh wanita ini, dia turut berharap agar jodohnya berkekalan dunia dan akhirat.

"Alhamdulillah walau awak datang berseorangan, keluarga kami dan orang kampung menyambut awak dengan berlapang dada.


Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di Indonesia.

"Sampai akhirnya kita dah bersama sekarang," ujarnya lagi.

Dalam video berlainan, wanita ini memaklumkan bahawa suaminya merupakan anak bongsu manakala dirinya adalah anak sulung.

Ada lagi tak saudara atau siapa-siapa yang single (bujang)? Nak pergi nikah sana jugalah.
NETIZEN

Video tersebut meraih lebih 300, 000 jumlah tontonan setelah disiarkan oleh si isteri di TikTok.

Rata-ratanya mendoakan kebahagiaan pasangan ini malah ada juga terinspirasi untuk berkahwin dengan warga Indonesia.

"Ada duit... Belum tentu ada semangat nak redah sorang-sorang macam ni. Respect dekat lelaki macam ni.


Komen netizen di TikTok.

"Ada lagi tak saudara atau siapa-siapa yang single (bujang)? Nak pergi nikah sana jugalah.

"Ada ke (insan) yang saya boleh perjuangkan di sana. Yang di sini asyik 'hilang'," antara komen netizen.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam mana-mana video sebab atau alasan kenapa lelaki tersebut bersendirian tanpa ahli keluarga ketika bernikah.

Walaupun perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama, mengikut perundangan Malaysia, sekiranya isteri merupakan warga asing, mereka perlu mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama di negara ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2023 03:10 PM | Show all posts
Bukti wanita Indonesia itu jadi dambaan pria Malaysia karena terkenal dengan kecantikannya, kesetiaannya, dan bisa membahagiakan suami @trisnalovezul
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekufu dari segi rupa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tau baju, mekap pengantin pompuan. Klasik gitu. Meols suka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Carik la warga Ndon kampung pehtu beli korang tanah, buat rumah di sana. Tengok Kak Sri Youtuber tu dah berdiri banglo kat Ndon. Tanah sawit pun dah hada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2023 03:14 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 29-7-2023 07:14 AM

Urang Madura ka bininya? Anak sulong pula? Masak la jantan tu sis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2023 03:25 PM | Show all posts
Rata-ratanya mendoakan kebahagiaan pasangan ini malah ada juga terinspirasi untuk berkahwin dengan warga Indonesia.

"Ada lagi tak saudara atau siapa-siapa yang single (bujang)? Nak pergi nikah sana jugalah.
Terus gimana nasib gadis, janda dan andartu di Malaysia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 29-7-2023 03:10 PM
Bukti wanita Indonesia itu jadi dambaan pria Malaysia karena terkenal dengan kecantikannya, kesetiaa ...


Knp xjd dambaan lelaki indon?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 29-7-2023 03:19 PM
Urang Madura ka bininya? Anak sulong pula? Masak la jantan tu sis.

Kawin pun lelaki k so sekufu la kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah pergi indon. Di sini pun bersepah madura kaki gaduh dan mengamuk ni. Berjuta dah mencret sana sini. Terus tinggal sana je la. Tak payah balik malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mertua kat sskjp tak restu ke nih sampai gi sorang² nikah sana.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 29-7-2023 03:13 PM
Carik la warga Ndon kampung pehtu beli korang tanah, buat rumah di sana. Tengok Kak Sri Youtuber tu  ...

Boleh ke beli dan wariskan tanah ke atas nama rakyat malaysia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2023 03:32 PM | Show all posts
Insya Allah, Amir sama istri bisa bikin usaha rumah makan kecil-kecil bikin nasi ayam geprek viral




Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 29-7-2023 03:14 PM

Awat muka pucat puteh tapi tangan itam?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
@capiloton dan @brego voley take note amik iktibar camne mamat ni buat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 29-7-2023 03:32 PM
Insya Allah, Amir sama istri bisa bikin usaha rumah makan kecil-kecil bikin nasi ayam geprek viral

...

Hat ni yg juai dari umah sampai kena tutup ka tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 29-7-2023 07:31 AM
Boleh ke beli dan wariskan tanah ke atas nama rakyat malaysia?

Bergantung kawasan kot? Sebab ada sorang cikgu jantan bujang tempat aku ni beli rumah kat Ndon lebih kurang 15 tahun lepas. If dia bosan2 dok sini, ujung minggu dia fly pi Ndon lepak rumah dia kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni kalo tak mention dari kelantan pun sebatu dah boleh bau tempayan budu dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh da mkn ayam penyet ngn sambal budu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.945332 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list