View: 2312|Reply: 10
|
[Politik]
'Saya tak pasti kekal MB atau tidak' - Sanusi
[Copy link]
|
|
'Saya tak pasti kekal MB atau tidak' - Sanusi
MOHAMAD Khizri (kiri) dan Muhammad Sanusi berjalan keluar selepas selesai penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Sik hari ini. FOTO Syaharim Abidin
Sik: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor belum pasti dengan nasibnya sama ada akan kekal menjadi Menteri Besar atau akan diganti dengan wakil rakyat lain.
Muhammad Sanusi yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri berkata, pucuk pimpinan PN akan menentukan calon Menteri Besar Kedah sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.
"Tak tau lagi (jadi menteri besar atau tidak) parti akan kemuka cadangan pada Tuanku (Sultan Kedah), terpulang kepada Tuanku," katanya ketika ditemui selepas pengumuman rasmi calon oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya DUN Jeneri, Mahamad Suhaimi Man di depan Pejabat Daerah dan Tanah Sik, di sini, hari ini.
Muhammad Sanusi bakal berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua Umno Bahagian Sik.
Mengulas lanjut, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu berkata, beliau akan menjawab segala tuduhan dilemparkan pelbagai pihak ke atasnya yang didakwanya sengaja menimbulkan kontroversi.
"Kontroversi itu orang kata saja? Seminggu dua ini akan ada lagi serangan, saya akan jawab apa yang saya boleh… kalau tak boleh jawab saya serah kepada Allah.
"Kalau ada asas kita jawab," katanya.
Beliau juga yakin PN akan menang dua DUN bawah Parlimen Sik iaitu Jeneri dan Belantik.
"Saya harap penyokong yang telah memberi undi kepada PN dalam PRU-15 peringkat Parlimen akan kekal. Kalau ikut undi Parlimen dulu, Jeneri PN menang 10,000 majoriti…saya harap angka itu kekal," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... b-atau-tidak-sanusi
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sanusi for Prime Minister... PM 11 |
|
|
|
|
|
|
|
Bg jela sanusi jd PM pastu biarkan semua menteri kabinet tu orang PAS.
Nak gak tgk “kehebatan” dia lagipun bila dh jadi kerajaan pandangan rakyat akan berbeza.
Mula2 semua gagal menahan diri daripada merasa kagum kendian semua gagal menahan diri daripada merasa menyampah. |
|
|
|
|
|
|
|
haalahhh pasrah pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ChildrenOfBodom at 30-7-2023 11:50 AM
satgi kalau dia kata dia akan jadi MB hampa kata dia hina dan mendahului Sultan pulak. tau2 ja la Agenda Setting wartawan nie camna. |
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 29-7-2023 11:15 PM
Bg jela sanusi jd PM pastu biarkan semua menteri kabinet tu orang PAS.
Nak gak tgk “kehebatan” di ...
Pas tu pnh ada dlm kerajaan dri tahun 2020 samapi tahun lepas. Jawapan pas semua mcm sial. Harga barang naik bukan masalah utama itu jawapan timbalan menteri. Hadi pula jawab kita tak boleh elak kenaikkan harga barang |
|
|
|
|
|
|
|
X pelah sanusi. Jawatan itu sementara je |
|
|
|
|
|
|
|
Sanusi for prime minister kepala bapak ko. Patutlah marah benor pentaksub rupanya, bodoh sama bodoh, kena dah lol kohkohkohh
|
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 31-7-2023 11:50 PM
Sanusi for prime minister kepala bapak ko. Patutlah marah benor pentaksub rupanya, bodoh sama bodo ...
hahaha... terhibur iollz... reply la lagi dkt post2 lain... tp jgn lupa ye jwab soalan iollz... setia ku tunggu jawapanmu |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sapa nak lantik kau jadi MB pun....walaun jer ...species mulut celupar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|