CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 1

[Pulau Pinang] KM nafi kerajaan negeri akan pinda Perlembagaan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 30-7-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode
KM nafi kerajaan negeri akan pinda Perlembagaan Pulau Pinang


Muhammad Yusri Muzamir
[email protected]



CHOW Kon Yeow. FOTO Mikail Ong




Butterworth: Kerajaan negeri tidak berhasrat meminda Perlembagaan Pulau Pinang untuk memberi laluan kepada mana-mana bekas Ketua Menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal untuk dilantik semula ke jawatan berkenaan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, menegaskan pihaknya bersama kepemimpinan DAP khususnya akan memastikan cadangan terbabit tidak boleh direalisasikan, selari perjuangan diketengahkan parti berkenaan.

"Saya sendiri tidak tahu siapa punya cadangan (meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mana-mana bekas Ketua Menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal untuk kembali dilantik ke jawatan berkenaan).

"Kalau tanya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, beliau juga sangat tidak bersetuju mengenai perkara ini.

"Sudah pasti DAP tidak akan membenarkan perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang merasmikan pusat operasi Perai di Chai Leng Park, dekat sini.

Turut hadir, pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP merangkap calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Lim Guan Eng.

Chow berkata demikian mengulas dakwaan wujud usaha terancang untuk meminda Perlembagaan negeri bagi membolehkan bekas Ketua Menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal dilantik semula ke jawatan itu.

Dakwaan itu timbul selepas ada pemimpin kanan PH dikatakan cuba mengintai peluang untuk kembali menerajui kerajaan negeri, menggantikan Chow selepas suatu tempoh dilantik ke jawatan itu, jika berjaya mengekalkan mandat di Pulau Pinang.

Mengenai dakwaan 'maharaja' sudah memuktamadkan barisan EXCO kerajaan negeri, Chow yang juga calon PH DUN Padang Kota, bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

Beliau sebaliknya menegaskan fokus PH ketika ini adalah untuk berusaha memenangkan semua calon gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 Ogos ini.

"Kalau menang, saya boleh angkat sumpah sebagai Ketua Menteri, kemudian barulah akan fikir untuk menentukan barisan EXCO kerajaan negeri yang bakal dibentuk, membabitkan semua parti yang menang, bukan DAP sahaja.

"Hakikatnya, barisan EXCO memang perlu dibentuk, namun prosesnya akan dibuat selepas wujudnya Ketua Menteri dan ini memang tanggungjawab dia untuk membentuk kerajaan negeri.

"Saya ulangi pendirian yang barisan EXCO kerajaan negeri akan dilantik, membabitkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Namun, masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa mengenainya," katanya.



Disiarkan pada: Julai 30, 2023 @ 3:22pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 04:12 PM | Show all posts
makan popcorn. dah ada bunyi2 dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.049399 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list