CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dalam persiapan akhir, bakal dilancar Ogos

[Copy link]
Post time 30-7-2023 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dalam persiapan akhir, bakal dilancar Ogos


Julai 30, 2023 @ 4:53pm



Tengku Zafrul (dua dari kiri) menyempurnakan perasmian MITI Day 2023 hari ini. - BERNAMA



TASEK GELUGOR: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam persiapan akhir dan dijadual dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhir Ogos ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, NIMP 2030 adalah satu kerangka dasar yang komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam mentransformasi sektor perkilangan Malaysia.

"Apa yang boleh saya kongsikan, perbincangan yang berlangsung setakat ini adalah paling komprehensif yang pernah kita lakukan kerana membabitkan industri baharu dan kementerian lain.

"Seperti yang Perdana Menteri maklumkan (pada majlis peluncuran) Ekonomi MADANI baru-baru ini, beliau memberi gambaran bahawa wadah itu tidak hanya tertumpu kepada sektor asas semata-mata, tetapi turut memainkan peranan sebagai sebahagian daripada transformasi industri yang diharap membantu mengembangkan ekonomi, selaras penanda aras yang ditetapkan," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Hari MITI 2023 di sini hari ini, beliau berkata, bagi melengkapkan pelan berkenaan, perbincangan dua hala yang diadakan turut membabitkan penggiat industri.

Katanya, transformasi ini bertujuan mencipta sumber kekayaan baharu negara dengan meningkatkan kompleksiti ekonomi, memacu pertumbuhan ekonomi lestari, menyediakan peluang pekerjaan berkualiti sekali gus meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.

Mengulas program Hari MITI 2023 bertemakan Perkasa Industri, Maju Ekonomi, Tengku Zafrul berkata, program itu menawarkan hampir 2,500 peluang pekerjaan kepada belia dan pencari kerja daripada 16 syarikat asing dan tempatan daripada pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan antaranya kenderaan elektrik, elektrikal dan elektronik, automotif, makanan dan minuman serta peralatan perubatan.

"Sebanyak 30 syarikat asing dan tempatan menyertai Hari MITI. Kami turut menyasarkan kehadiran kira-kira 7,000 pengunjung dari sekitar Tasek Gelugor," katanya. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.640097 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list