CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6406|Reply: 7

[Jenayah] Ada bau ikan, SPRM & polis diminta siasat bekas PM berkaitan projek RM4.6b pendedahan Vincent Tan!

  [Copy link]
Post time 30-7-2023 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 30-7-2023 11:07 PM

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat seorang bekas Perdana Menteri berhubung pembatalan surat niat (LOI) bagi projek pembekalan, pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan (Projek Fleet) bernilai RM4.6 bilion.


Naib Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Yuveraaj Kalidasan berkata, gesaan itu susulan pendedahan Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang mendakwa projek itu sepatutnya dianugerahkan kepada syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza.


Katanya, mengikut kenyataan Vincent Tan, ia kemudian dibatalkan dengan LOI yang ditawarkan kepada JV itu ketika bekas Perdana Menteri itu mentadbir kerajaan.


“Dalam kenyataan Vincent Tan pada 17 Julai lalu terdapat pendedahan bahawa konsortium yang dibentuk antara Berjaya dan Naza telah membuat tawaran bersama bagi Projek Fleet.



“Projek Fleet telah dianugerahkan kepada Konsortium Berjaya-Naza melalui surat niat. Namun Vincent telah menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri pada masa itu kemudian telah membatalkan semula surat niat tanpa memberikan sebarang alasan.


“Projek Fleet kemudian dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang mana tawarannya berharga lebih mahal iaitu sebanyak RM700 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.


Yuveraaj mendakwa kes terbabit mungkin mempunyai unsur-unsur rasuah dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan.



“Dalam kenyataan (Vincent) itu didedahkan bahawa Konsortium Berjaya-Naza menang tender kerana tawaran mereka adalah yang termurah di antara semua pihak yang telah menyertai tender. Khususnya, tawaran Konsortium Berjaya-Naza adalah RM700 juta lebih murah daripada yang dikemukan syarikat terbabit.


“Kami meragui bahawa mungkin ada isu rasuah yang melibatkan bekas Perdana Menteri itu kerana jika tidak, mengapa kerajaan, pada masa itu membatalkan tender yang paling murah dan menganugerahkannya semula kepada syarikat dengan harga yang jauh lebih mahal,” katanya lagi.


Menurut beliau, MKM sudah membuat 14 laporan polis di seluruh negara berhubung isu berkenaan.


Terdahulu, media melaporkan Vincent mendedahkan dirinya akan menyaman kerajaan Malaysia atas isu penamatan LOI yang ditawarkan kepada syarikat JV Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac 2020.



Vincent turut mendedahkan kontrak yang diberikan kepada Spanco Sdn. Bhd. adalah RM700 juta lebih tinggi. -MalaysiaGazette



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko nk dedahkan org lain last2 diri sdri yg terjerat nt. Nmpk x kroni2 zmn atok projek billion2. Nmpk x korupnya kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lg berminat pasal projek berbillion kerajaan selangor di pesisir sungai2 di selangor melibatkan berjaya land yg didedahkan RPK ari ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu lah dek

Oh kisah nyaaa.. @Orix dijemput masuk!

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:28 PM | Show all posts
Harap dedahkan sekali dan siasat bantuan untuk OKU sakit mental
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 30-7-2023 11:06 PM
Ko nk dedahkan org lain last2 diri sdri yg terjerat nt. Nmpk x kroni2 zmn atok projek billion2. Nmpk ...

Habistu nk main projek puluh2 ringgit belas ringgit je ke

Kalau korup bagi la bukti. adoi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecattaik replied at 30-7-2023 11:27 PM
Gitu lah dek

Oh kisah nyaaa.. @Orix dijemput masuk!

Kisah apa dekk ? Bukti saman fitnah atok dah ada ke dekkk dh jumpa kotak ke dekkk ?

Dgar cite bangnon x dpt keluar kereta sbb dibenci ummah sambil menyanyi hoi hoi ya hoi ? First time rs nya PM x dpt keluar kereta. Sebenci2 org pd najib, atok, abahcow tak pernah lg kes smpi xleh keluar kereta. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 01:06 AM | Show all posts
Geng Saka....kroni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077455 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list